Monday, August 8, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM, Percubaan PMR dan Ujian Bulan Ogos,

      8 Ogos 2011 bermulalah Peperiksaan Percubaan bagi calon PMR dan Ujian Bulan Ogos. Peperiksaan Percubaan SPM (SBP) telahpun berlangsung pada 3 Ogos yang lepas. Kertas Sejarah I dan II telahpun selesai diambil oleh calon SPM. Sekarang giliran kami, guru-guru tingkatan 5 menjalankan tugas untuk menanda kertas jawapan pelajar. Harap-harap jawapan yang diberikan baik dan menyakinkan.  Selepas peperiksaan percubaan SBP, calonSPM ini akan menyambung dengan percubaan JPNS pula. Cikgu doakan yang terbaik untuk semua pelajar tingkatan 5 SDAR yang sedang 'memerah' otak sekarang ini. Semoga berjaya!

      Bagi calon PMR pula hari ini merupakan hari yang penting bagi membuktikan kehebatan 'batch' kamu.  Semoga latih tubi yang dibekalkan dan perbincangan soalan topikal di dalam kelas akan membuahkan hasil. 'Be the best among the best!'

     Kepada ting 1, 2 dan 4, walaupun sekadar Ujian bulanan sahaja, jangan ambil mudah dalam menangani sesuatu perkara. Ujian yang bermula ini akan pengukur kepada pemahaman kalian dalam topik yang diajar oleh guru. Semoga berjaya dan memperolehi keputusan yang baik!.

"TERBILANG TRADISI KAMI"

No comments:

Post a Comment