Sunday, April 7, 2013

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH MALAYSIA 2013

Brosur Pertandingan Menulkis Esei Sejarah Malaysia 2013 telah dikeluarkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia di laman web miliknya. Untuk maklumat lanjut boleh klik di brosur di bawah :


Kepada semua pelajar SDAR yang berminat, ringankan jari anda klik untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut tentang pertandingan ini. Kepada sesiapa yang berminat, sila berjumpa dan beri nama kepada Pn Hasmahan. 4 kumpulan penulis esei yang dicari (2 kumpulan untuk kategori menengah atas dan 2 kumpulan untuk menengah rendah - maksimum pelajar 12 orang sahaja). 

Friday, April 5, 2013

Keputusan Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2012

Keputusan Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2013 telah pun diumumkan di dalam lama web Persatuan Sejarah Malaysia. Alhamdulillah, keputusan pertandingan sekali lagi mengiktiraf penulisan esei daripada pelajar SDAR apabila diumumkan sebagai Johan dan tempat ketiga bagi kategori menengah atas dan tempat kedua bagi kategori menengah rendah. Untuk mengetahui keputusan dengan labih lanjut, klik di ini - http://www.psm.org.my/image/KEPUTUSAN%20ESEI%202012.pdf

Kemenangan yang diraih oleh SDAR :

Kategori Menengah Atas :


TEMPAT PERTAMA
TAJUK : SEMARAK TULISANJAWI : SINARANIDENTITI MELAYU[25/SMA]

Penulis :
MohamadHafiz bin Mohamad Akbal
Amirrul Faiz bin Ali
Muhammad Zarif Helmi bin Abd Rahman

Alamat : Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), SungaiGadut, 71450 Seremban,Negeri Sembilan

Guru : Pn.Hasmahan binti Abd Rahman


TEMPAT KETIGA
TAJUK : REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA : MELESTARIKAN KEPERWIRAAN BANGSA [18/SMA]

Penulis : Syahmi bin Saim
Afif Farhan bin Abd. Wahab
Muhammad Nor Aizat bin Azmi

Alamat : Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), SungaiGadut, 71450 Seremban,Negeri Sembilan

Guru : Pn.Hasmahan binti Abd Rahman

Kategori Menengah Rendah :


TEMPAT KEDUA
TAJUK : PORTDICKSON, BANDAR TENTERADARAT : SEGALANYA BERMULADI SINI.
[11/SMR]

Penulis : Ahmad Aizat bin Dolbaharin
Muhamad Syazwan bin Fazale
Muhammad Haziq bin Abdul Naser

Alamat : Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), SungaiGadut, 71450 Seremban,Negeri Sembilan

Guru Pembimbing : Pn.Hasmahan binti Abd Rahman

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG. 
SEMOGA INI MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT KEPADA PESERTA PADA TAHUN INI... 




Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung Pn Salmiah Mohd Ali


15 Mac 2013 (Jumaat) yang lalu, majlis perpisahan Puan Salmiah telah diadakan bagi meraikan persaraan beliau pada penghujung tahun lalu. Perkhidmatan Puan Salmiah di SDAR bermula pada tahun 2000 hingga 2012 banyak meninggalkan kenangan buat guru-guru SDAR. Alhamdulillah majlis diadakan dengan penuh meriah dan bermakna. Kepada Puan Salmiah yang juga dianggap sebagai ibu, kakak kepada anak panitia sejarah yang lain... kami sentiasa mengingati dan mengenang saat bersama akak. Semoga Puan salmiah sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga yang tersayang. SELAMAT BERSARA PUAN SALMIAH BINTI MOHD ALI

Tuesday, February 12, 2013

LATIHAN ESEI SEMASA CUTI TAHUN BARU CINA

Latihan untuk tingkatan 5 :

1(a) Jelaskan sebab-sebab pemimpin tempatan menentang British (8 markah)
  (b) Huraikan penentangan Tok Janggut di Kelantan terhadap British. (6 markah)
  (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah perjuangan pemimpin tempatan menemui    kegagalan? (6 markah)

Sila siapkan latihan ini dan boleh hantar kepada saya menerusi email : ahasmahan@gmail.com

Selamat bercuti dan menyiapkan tugasan yang diberi.

Pn Hasmahan

Tuesday, January 15, 2013

DEDIKASINYA PERJUANGAN SEORANG GURU... PN SALMIAH BINTI MOHD ALI

Coretan yang teristimewa untuk Pn Salmiah Bt Mohd Ali,

Berdedikasinya sebagai seorang guru tidak dapat dinafikan lagi. Sesungguhnya Pn  Salmiah meninggalkan bumi SDAR apabila beliau tamat berkhidmat di SDAR dan berpencen pada 6 November 2012. Pn Salmiah bersara dengan meninggalkan jawatan yang disandang sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bidang Kemanusiaan SDAR. Panitia Sejarah ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pn Salmiah terhadap jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau. Pn Salmiah bukan sahaja sebagai ketua malah bertindak sebagai ibu yang membimbing setiap guru yang berada di bawahnya. Jauh dari sudut hati... TERIMA KASIH KAK SAL... Kami di bumi SDAR sentiasa mendoakan  kesejahteraan dan semoga Pn Salmiah akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik...

Wajah-wajah Pn Salmiah sepanjang berada di bumi SDAR....
TERIMA KASIH PN SALMIAH....



























PERANCANGAN TAHUNAN PANITIA SEJARAH 2013


 Perancangan tahunan Panitia Sejarah 2013
1.1Sukatan pelajaran akan dihabiskan seperti di bawah :
·         Tingkatan 1,2 dan 4 : sasaran bulan September
·         Tingkatan 3 : sasaran bulan Mei
·         Tingkatan 5 : sasaran bulan Julai
1.2 Penerapan kemahiran belajar di kalangan pelajar dalam bulan Januari agar pelajar lebih memahami dan meningkatkan kemahiran mengingat pelajar.
1.3 Kelas pemulihan akan dijalankan. Program guru muda akan dijadikan medan perbincangan antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru.
1.4 Perjumpaan antara guru sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh setiap ahli panitia.
1.5 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah dapat dijalankan dengan telus dan sistematik serta fail yang melibatkan PBS perlu dikemaskini berdasarkan apa yang telah ditetapkan di sekolah. Kerja kursus yang dijalankan bagi tingkatan 3 akan dilaksanakan mengikut jadual yang diberi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
1.6  Latihan dalam perkhidmatan akan diadakan berdasarkan kursus yang dihadiri oleh guru sejarah.
1.7 Penggunaan blog panitia sejarah akan diteruskan agar penggunaannya dapat dimaksimumkan oleh guru dan pelajar.
1.8  Kajian tindakan yang akan dibuat oleh panitia sejarah bagi tahun 2013. Guru diharap dapat bersedia untuk melaksanakan kajian tindakan ini.
1.9   Penambahbaikan bank soalan sejarah akan dibuat.
1.10 Program Celik Sejarah dalam Minggu Sejarah akan diadakan.
1.11 Program jalinan dengan pihak Arkib dan Muzium yang akan dilaksanakan pada tahun 2013 ini dengan menggunakan peruntukan SBT. Program ini diharap dapat mengubah persepsi pelajar tentang sejarah dan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu pelajaran yang menarik untuk dipelajari.