Friday, April 5, 2013

Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung Pn Salmiah Mohd Ali


15 Mac 2013 (Jumaat) yang lalu, majlis perpisahan Puan Salmiah telah diadakan bagi meraikan persaraan beliau pada penghujung tahun lalu. Perkhidmatan Puan Salmiah di SDAR bermula pada tahun 2000 hingga 2012 banyak meninggalkan kenangan buat guru-guru SDAR. Alhamdulillah majlis diadakan dengan penuh meriah dan bermakna. Kepada Puan Salmiah yang juga dianggap sebagai ibu, kakak kepada anak panitia sejarah yang lain... kami sentiasa mengingati dan mengenang saat bersama akak. Semoga Puan salmiah sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga yang tersayang. SELAMAT BERSARA PUAN SALMIAH BINTI MOHD ALI

No comments:

Post a Comment