Wednesday, March 21, 2012

Keputusan SPM 2011

21 Mac 2012 (Rabu), keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 telah diumumkan. Majlis penyampaian slip peperiksaan diadakan di Dewan Tun Abdul Razak dan alhamdulillah keputusan amat memberangsangkan kerana hampir keseluruhan subjek meningkat. Bagi subjek Sejarah sendiri, hanya 3 orang pelajar sahaja yang mendapat Bt manakala yang lain semuanya mendapat A. Keputusan lengkap akan dipaparkan kelak. Walau bagaimanapun, Panitia Sejarah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan kali ini. Diharapkan ini akan menaikkan semangat semua guru dan calon SPM tahun 2012 ini untuk berusaha memartabatkan lagi Sekolah Dato' Abdul Razak sebagai sebuah institusi pendidikan yang unggul.








Friday, March 9, 2012

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012

Kepada semua calon PMR 2012, tajuk kerja kursus Sejarah PMR bagi tahun 2012 dapat dirujuk dalam Blog Panitia Sejarah SDAR. Diharapkan dengan maklumat ini akan memudahkan pelajar mendapat maklumat dan mula melakukan penyelidikan tentang tajuk yang akan dipilih kelak.

Tugasan Kerja Kursus Sejarah 2012 ialah :
Tugasan 1 :

Anda ditugaskan untuk membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :
(i)   Makanan
(ii)  Pakaian
(iii) Kraftangan
(iv) Pertukangan (kerja kayu atau kerja logam)

Tugasan 2 :

Tulis esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

                     BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Bagaimana slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?

Sila rujuk KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012 yang telah dimasukkan di dalam blog ini atau boleh merujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan klik  di sini untuk maklumat lanjut.

Selamat Bercuti kepada semua warga SDAR...

Selamat bercuti kepada semua warga SDAR... Kepada warga guru, diharapkan mendapat cuti yang berkualiti dan akan hadir ke sekolah dengan semangat yang makin memuncak untuk mempertahankan kecemerlangan kita. Kepada sdarian... moga cuti anda berkualiti dan jangan banyak habiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah... Panitia Sejarah mendoakan semua warga SDAR bergembira sepanjang cuti ini. Selamat bercuti, berhati-hati ketika memandu sama ada untuk makan angin atau balik kampung dan jaga kesihatan anda semua...