Tuesday, July 26, 2011

SDAR NAIB JOHAN PERTANDINGAN KUIZ SEJARAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2011


      26 Julai 2011(Selasa), bertempat di SMK Yamtuan Raden, Lukut, Port Dickson, berlangsungnya Pertandingan Kuiz Sejarah Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan 2011. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk menimbulkan kesedaran, minat dan penghayaratan di kalangan pelajar terhadap sejarah Malaysia. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar. Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 pusingan. Pusingan awal ialah ujian bertulis di mana keempat-empat peserta diminta menjawab soalan berbentuk objektif sebanyak 50 soalan dalam masa 1 jam. Pusingan akhir pula menyaksikan hanya 4 buah sekolah terbaik sahaja yang terpilih untuk mewakili daerah dan akan meneruskan perjuangan dalam kuiz secara lisan.

     Kejayaan awal ditempa oleh pasukan SDAR apabila berjaya memasuki peringkat akhir dengan diangkat sebagai wakil daerah Seremban. Mengikuti SDAR ke peringkat akhir ialah SM Sains Tuanku Jaafar (daerah Kuala Pilah) yang merupakan naib johan pada tahun 2010, SM Tinggi Port Dickson (daerah Port Dickson) dan SM Undang Rembau (daerah Rembau). Pasukan SDAR diwakili oleh ;
1.  Mohamad Amin Bin Kamaruddin
2.  Amir Ubaidah Bin Mohd Zaki
3.  Muhammad Zalfadhli Bin Aidi
4.  Mohamad Iqbal Iman Bin Zakaria

     Setelah bersaing sengit antara keempat-empat pasukan, akhirnya juara kuiz sejarah 2011 dipegang oleh SM Sains Tuanku Jaafar manakala SDAR sebagai naib johan. Tempat ke-3 jatuh ke tangan SM Undang Rembau manakala tempat ke-4 dimiliki oleh SM Tinggi Port Dickson. Walaupun SDAR sebagai Naib Johan, ini merupakan pencapaian SDAR yang paling tinggi dalam pertandingan kuiz sejarah peringkat negeri. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pn Salmiah yang bersama-sama menyediakan pelajar SDAR dalam memastikan pelajar-pelajar ini bersedia. Tidak lupa juga kepada Pn Fatimah (Ketua Panitia Sejarah) juga guru SPBT yang meminjamkan buku-buku teks tingkatan 1 - 5 kepada pelajar untuk rujukan mereka. Kepada keempat-empat peserta, tidak sia-sia usaha yang dibuat kerana jika kita bersungguh-sungguh, insyaallah kejayaan akan menghampiri kita. Dengan kejayaan SDAR ini akan menyuntik semangat kepada guru dan pelajar untuk memastikan SDAR akan mendapat tempat pertama pada tahun 2012 nanti. InsyaAllah.

Naib Johan : SDAR
Hadiah kemenangan :
1.  Sijil
2.  Wang RM 500.00


kejayaan diraikan bersama

Peserta ketika menunggu bermulanya kuiz sejarah

Sdarian di kalangan peserta-peserta lain

Pusingan awal - Ujian bertulis

Antara tetamu utama yang hadir ketika Kuiz Peringkat Akhir dijalankan

Para juri yang diketuai oleh Tn Hj Misan dari Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

Kedudukan peserta di atas pentas ketika pusingan akhir kuiz sejarah

Peserta SDAR yang nampak serius ketika menjawab soalan

Add caption

Pn Salmiah bersama peserta ketika menunggu majlis penyampaian hadiah. Tahniah !

Bersedia untuk naik ke pentas. Mesti jaga imej SDAR!

No comments:

Post a Comment