Tuesday, July 10, 2012

Lawatan Ke Muzium Istana Seri Menanti Sempena Pesta Kesukuan Adat Perpateh 2012

7 Julai 2012 (Sabtu), Persatuan Sejarah dan Persatuan Adat Perpateh telah bergabung untuk membuat lawatan ke Pesta Kewsukuan Adat Perpateh 2012 yang diadakan selama dua hari iaitu 7 - 8 Julai 2012. Persatuan Sejarah diketuai oleh Pn Hasmahan sebagai guru pengiring manakala Adat Perpateh oleh Pn Murni. Seramai 32 orang pelajar turut bersama dalam lawatan ini. Apa yang menarik, pelajar SDAR diperkenalkan dengan makanan tradisional masyarakat Negeri Sembilan mengikut luak masing-masing. Selain daripada makanan tradisional, permainan tradisional juga turut diperkenalkan kepada pengunjung. Antara permainan tradisional yang terdapat seperti congkak, tarik upih, daam dan bermain tolak gelung. Malah setiap pengunjung dibenarkan merasa makanan tradisional tersebut yang dan semestinya peluang ini tidak dilepaskan oleh pelajar dan guru SDAR. Selain itu, rombongan SDAR juga melawat sekitar Istana Lama Seri Menanti dan ini memberikan peluang baru kepada pelajar SDAR. Semoga setiap pelajar SDAR yang terlibat akan memanfaatkan sebaik mungkin pengalaman sepanjang lawatan ini.












Persidangan Antarabangsa Melayu-Polinesia

5-6 Julai 2012, buat pertama kalinya telah diadakan Persidangan Antarabangsa Melayu Polinesia bertempat di Kelana Resort, Seremban. Seramai 4 orang guru SDAR menghadiri persidangan ini iaitu Pn Hasmahan, Pn Fatimah, Pn Murni dan Pn Nurul Hashida. Banyak maklumat dan ilmu yang diperolehi sepanjang persidangan ini. Persidangan ini turut dihadiri oleh wakil dari negara luar yang merupakan rumpun Melayu Polinesia iaitu orang Maori, New Zealand, Melayu Pattani, Melayu Afrika Selatan, Brunei, Singapura dan Indonesia.