Tuesday, January 15, 2013

PERANCANGAN TAHUNAN PANITIA SEJARAH 2013


 Perancangan tahunan Panitia Sejarah 2013
1.1Sukatan pelajaran akan dihabiskan seperti di bawah :
·         Tingkatan 1,2 dan 4 : sasaran bulan September
·         Tingkatan 3 : sasaran bulan Mei
·         Tingkatan 5 : sasaran bulan Julai
1.2 Penerapan kemahiran belajar di kalangan pelajar dalam bulan Januari agar pelajar lebih memahami dan meningkatkan kemahiran mengingat pelajar.
1.3 Kelas pemulihan akan dijalankan. Program guru muda akan dijadikan medan perbincangan antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru.
1.4 Perjumpaan antara guru sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh setiap ahli panitia.
1.5 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah dapat dijalankan dengan telus dan sistematik serta fail yang melibatkan PBS perlu dikemaskini berdasarkan apa yang telah ditetapkan di sekolah. Kerja kursus yang dijalankan bagi tingkatan 3 akan dilaksanakan mengikut jadual yang diberi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
1.6  Latihan dalam perkhidmatan akan diadakan berdasarkan kursus yang dihadiri oleh guru sejarah.
1.7 Penggunaan blog panitia sejarah akan diteruskan agar penggunaannya dapat dimaksimumkan oleh guru dan pelajar.
1.8  Kajian tindakan yang akan dibuat oleh panitia sejarah bagi tahun 2013. Guru diharap dapat bersedia untuk melaksanakan kajian tindakan ini.
1.9   Penambahbaikan bank soalan sejarah akan dibuat.
1.10 Program Celik Sejarah dalam Minggu Sejarah akan diadakan.
1.11 Program jalinan dengan pihak Arkib dan Muzium yang akan dilaksanakan pada tahun 2013 ini dengan menggunakan peruntukan SBT. Program ini diharap dapat mengubah persepsi pelajar tentang sejarah dan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu pelajaran yang menarik untuk dipelajari.

1 comment:

  1. slm puan..mohon share perancangan sejarah.
    terima kasih.

    ReplyDelete