Thursday, May 24, 2012

LATIHAN UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5 SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL II

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 SDAR 


LATIHAN PENGUASAAN SOALAN KBKK


BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

1.   Pada pandangan anda, mengapakah sikap toleransi seperti dalam  Pakatan Murni penting kepada negara kita yang mempunyai rakyat pelbagai kaum? (5 markah)

2.   Bagaimanakah tolak ansur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia boleh membantu negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan? (5 markah)

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

1.   Penubuhan Malaysia memperlihatkan kematangan pemimpin kita melihat masa depan. Pada pandangan anda, mengapakah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia memberi banyak faedah kepada rakyat negeri tersebut? (5 markah)

2.   Apakah iktibar yang boleh diambil daripada tentangan negara luar iaitu Indonesia dan Filipina dalam usaha menubuhkan Malaysia?  (5 markah)

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA


1.   Berdasarkan pemerhatian anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada rakyat pelbagai kaum di Malaysia?  (5 markah)

2.   Pada pandangan anda, mengapakah sistem Raja Berperlembagaan masih relevan dan penting kepada negara Malaysia?  (5 markah)
     

3.   Pada pendapat anda, mengapakah lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan perlu dihormati dan dipelihara?  (5 markah)

4.   Pada pandangan anda, mengapakah hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri amat penting?  (5 markah)


Arahan 
1.  Sila siapkan soalan kbkk ini dalam bentuk esei. 
2.  Jawapan hendaklah ditaip dalam microsoft word dan dihantar ke email cikgu untuk semakan.
3.  Hantar jawapan yang telah siap ke email ini :
     ahasmahan@gmail.com
     Huatima77@yahoo.com
     Salmiah_mohdali@yahoo.com 

# Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn Hasmahan, Pn Fatimah dan Pn Salmiah






No comments:

Post a Comment