Wednesday, May 23, 2012

SAMBUTAN HARI GURU DAN MAJLIS PERPISAHAN EN AZIMI BIN MD ZIN

Semua cikgu SDAR wajib pakai pin ini... dari pelajar SDAR

23 Januari 2013(Rabu), Majlis Sambutan Hari Guru diadakan di peringkat sekolah. Semua persiapan majlis dilaksanakan oleh pelajar SDAR sendiri di mana diketuai oleh pelajar tingkatan 5. Tema telah ditetapkan kepada guru iaitu "Blackroses". Jadi hari ini, semua guru SDAR mengenakan tema baju yang berwarna merah dan hitam. Semangat yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menjayakan majlis ini menyebabkan semua guru SDAR berusaha mencari baju dan memakai baju mengikut warna tema.... Permulaan majlis dimulakan apabila setiap guru telah diberikan pasangan masing-masing yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan diiringi masuk ke dalam dewan. Persembahan pelajar juga memikat hati cikgu apabila montajnya seperti melihat drama di tv. Superb! Selesai majlis di Dewan Tun Abdul Razak, guru diberi masa untuk menukar baju masing-masing untuk acara 'outdoor' pula dengan mengadakan explorace. Idea kreatif pelajar membuatkan guru-guru SDAR sentiasa ceria sepanjang perjalanan berlangsung.... Kenangan inilah yang akan dikenang dan diingat sampai bila-bila. 'Brilliant idea'! Teachers love it!!!
Antara guru-guru perempuan SDAR

Persembahan pelajar SDAR

23 Mei 2012(Rabu), 2.00 petang bermulalah majlis untuk Cikgu Azimi Bin Md Zin....
Sesungguhnya warga SDAR merasakan satu kehilangan yang amat sangat apabila Cikgu Azimi tidak lagi berkhidmat di SDAR dan menyambung tugasnya di SMS Batu Pahat.... Bagi panitia Sejarah sendiri amat merasai kehilangannya kerana Cikgu Azimi yang lebih mesra dipanggil Jimi di kalangan rakan sejawat sentiasa bersama dengan panitia sejarah dalam menjalankan program kemanusiaan... Walaupun Cikgu Azimi mengajar Geografi (KP Geografi) namun perbincangan sentiasa diadakan dengan panitia Sejarah.
yang diraikan... En Azimi B Md Zin

Ucapan perpisahan dan amanat kepada rakan sejawat dan pelajar SDAR

Persembahan pelajar

Bergambar kenangan bersama Jimi dan Kak Zalita
(insyaallah... nanti kita buat program jaringan yer jimi...)

No comments:

Post a Comment