Monday, July 11, 2011

Panduan Kerja Kursus Sejarah Ting 1

1.      Muka hadapan (cover page)
·         Sila rujuk Keratan 1   
2.      Isi Kandungan
·         Sila rujuk Keratan 2
3.      Penghargaan – Ucapan terima kasih kepada ibu bapa, guru sejarah, rakan-rakan dan saudara-mara atas bantuan yang diberikan
4.      Objektif Kajian
·         Sila rujuk Keratan 3
5.      Kaedah kajian
·         Sila rujuk Keratan 4
6.      Laporan Kajian
A.      Salasilah keluarga
§  Carta keluarga (Family Tree) – Sila rujuk Keratan 5
                                                                                i.            Sebelah Ibu
                                                                              ii.            Sebelah Bapa
                                                                            iii.            Keluarga saya
§  Cerita tentang keluarga secara umum bermula dari datuk dan nenek.
B.      Perkembangan diri dan keluarga
§  Ceritakan biodata (Sila rujuk Keratan 6) setiap ahli keluarga iaitu :-
                                                                                i.            Bapa
                                                                              ii.            Ibu
                                                                            iii.            Kakak
                                                                             iv.            Abang
                                                                               v.            Adik lelaki/perempuan
                                                                             vi.            Saya (Diri anda)
C.      Tokoh dalam keluarga
§  Ceritakan orang yang kamu paling sanjungi dan hormati dalam keluarga (kelayakan pendidikan, pencapaian, sumbangan terhadap keluarga dan pengajaran/teladan yang dapat dipelajari
D.     Peristiwa bersejarah keluarga
§ 
Contoh : -
Hari Perkahwinan Ibu dan Bapa

_____________________
_____________________
  _____________________                _____________________
____________________________________
____________________________________
hari perkahwinan/ulang tahun.
§  berpindah ke tempat lain
§  melawat/melancong
§ 

Gambar
rumah terbakar
§  banjir
§  kematian
§  anugerah cemerlang/pingat
§  konvensyen/konvokesyen
§  majlis rasmi/kursus /seminar
§  dan lain-lain
7.      Rumusan – Sila rujuk Keratan 7
8.      Lampiran
·         Gambar yang berkenaan
·         Dokumen-dokumen berkaitan
§  Salinan Sijil kelahiran,
§  Sijil perkahwinan,
§  Kad pengenalan,
§  Kad pekerjaan,
§  Sijil-sijil sekolah
§  Sijil penghargaan
§  Majalah
§  Lain-lain sumber
·         Rakaman tv
·         Sijil anugerah/ Sijil pengiktirafan
·         Pingat-pingat (gambar)
·         Potangan akhbar
·         Surat rasmi
·         Sijil kematian
9.      Rujukan
·         Orang sumber yang memberikan maklumat yang berguna seperti ibu, bapa, datuk, nenek dan sebagainya.
·         Sertakan nama penuh mereka, umur, No kad pengenalan, Alamat rumah, No telefon dan emel.
10.  ESEI
·         Tajuk : Menyayangi diri dan keluarga
·         Soalan : Bagaimanakah anda seharusnya menyayangi keluarga anda?
§  Tulis esei anda melebihi 100 patah perkataan
Format Kerja Kursus Sejarah :
Ø Bertaip dengan menggunakan computer yang memenuhi syarat berikut :-
§  Fon Times New Roman, Saiz 12 dengan langkau 2.0
Ø Hasil kerja kursus hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja
Ø Tarikh akhir penghantaran kerja kursus  :   30 September 2011
Ø Peruntukan 30% daripada kerja kursus ini dalam Peperiksaan Akhir Tahun
Masukkan sekurang-kurangnya empat (4) unsur-unsur patriotisme yang tersenarai dalam Keratan 8









Keratan 1
SEJARAH 21/2
KERJA KURSUS

Nama                                       :           ______________________________________________
Nombor Kad Pengenalan        :           ______________________________________________
Nama dan Alamat Sekolah     :            Sekolah Dato' Abdul Razak, Sungai Gadut, 71450 Seremban
Tajuk Kerja Kursus                 :           Sejarah Diri dan Keluarga
Nama Guru Sejarah                 :           ______________________________________________
Skor                                         :

Elemen
Markah
Elemen 1   Mengumpul Fakta Sejarah

Elemen 2   Merekod Fakta Sejarah

Elemen 3   Penerapan Unsur Patriotisme

                Jumlah Markah

Kod

                    Tahap Pencapaian


Tandatangan guru,     
            ____________________



































Keratan 2
Bil.
Butir-butir
Muka surat
1.
Tajuk
(i)
2.
Isi Kandungan
(ii)
3.
1.0 - Penghargaan
bermula dengan nombor (1)
4.
2.0 - Objektif Kajian
2
5.
3.0 - Kaedah Kajian
3
6.
4.0 - Laporan Kajian
4.1 - Salasilah keluarga
4.2 - Perkembangan diri dan keluarga
4.3 - Tokoh dalam keluarga
4.4 - Peristiwa bersejarah dalam keluarga
4 - seterusnya
(contoh 4 - 15)




7.
5.0 - Rumusan
16
8.
6.0 - Lampiran
(iii - seterusnya)
9.
7.0 - Rujukan
17
10.
8.0 - Esei
18





Keratan 3
2.0 - Objektif Kajian
Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa
objektif seperti yang berikut:
a)      Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya
b)      Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya
c)      Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya
d)     Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya
e)      Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu
kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja
f)       Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki sebuah keluarga yang harmoni dan ceria
g)      Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya









Keratan 4
3.0 – Kaedah Kajian
Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:
a)                  Kaedah temuramah
Saya telah menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya.
b)                  Kaedah pemerhatian
Saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.
c)                  Kaedah analisis dokumen
Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa saya, dokumen-dokumen penting yang disimpan oleh ibu bapa dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

Keratan 5
Contoh-contoh Carta Keluarga yang boleh anda jadikan sebagai rujukan :-












Keratan 6
Di bawah Perkembangan Diri dan Keluarga, anda boleh menyenaraikan kesemua maklumat tentang biodata anda dan ahli keluarga anda seperti di bawah :-
Bapa
§  Nama
§  Umur
§  Tarikh Lahir
§  Tempat Lahir
§  Alamat
§  No. Telefon
§  Pekerjaan
§  Hobi
§  Makanan/Minuman kegemaran
§  Warna kegemaran
§  Rancangan kegemaran
§  Buku kegemaran
§  Haiwan kegemaran

Bapa
§  Nama
§  Umur
§  Tarikh Lahir
§  Tempat Lahir
§  Alamat
§  No. Telefon
§  Pekerjaan
§  Hobi
§  Makanan/Minuman kegemaran
§  Warna kegemaran
§  Rancangan kegemaran
§  Buku kegemaran
§  Haiwan kegemaran
Abang (jika ada)
§  Nama
§  Umur
§  Tarikh Lahir
§  Tempat Lahir
§  Alamat
§  No. Telefon
§  Pekerjaan / Cita-cita
§  Hobi
§  Makanan/Minuman kegemaran
§  Warna kegemaran
§  Rancangan kegemaran
§  Haiwan kegemaran

Kakak (jika ada)
§  Nama
§  Umur
§  Tarikh Lahir
§  Tempat Lahir
§  Alamat
§  No. Telefon
§  Pekerjaan / Cita-cita
§  Hobi
§  Makanan/Minuman kegemaran
§  Warna kegemaran
§  Rancangan kegemaran
§  Haiwan kegemaran
Adik Lelaki/Perempuan (jika ada)
§  Nama
§  Umur
§  Tarikh Lahir
§  Tempat Lahir
§  Alamat
§  No. Telefon
§  Cita-cita
§  Hobi
§  Makanan/Minuman kegemaran
§  Warna kegemaran
§  Rancangan kegemaran
§  Haiwan kegemaran

Saya (jika ada)
§  Nama
§  Umur
§  Tarikh Lahir
§  Tempat Lahir
§  Alamat
§  No. Telefon
§  Sekolah Rendah
§  Sekolah Menengah
§  Cita-cita
§  Hobi
§  Makanan/Minuman kegemaran
§  Warna kegemaran
§  Rancangan/Filem/Drama kegemaran
§  Haiwan kegemaran
§  Tempat kegemaran
§  Laman Web kegemaran
§  Subjek kegemaran
§  Guru kegemaran
§  Kawan-kawan karib
Keratan 7
5.0 - RUMUSAN
Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum pernah saya ketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga saya yang seterusnya membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya.

                  Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli keluarga antara satu sama lain.

                  Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya. Diharapkan rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan kebaikan-kebaikan yang saya alami dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 ini.


                                                                                               (Nama)                 
    (Tingkatan) 




Keratan 8
  • 1 Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia
  • menghormati raja dan pemimpin negara
  •  menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
  •  menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara)
  •  menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara
  •  menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
  •  berbangga dengan sejarah negara
  • 2 Bersemangat Setia Negara
  •  cinta akan bangsa dan negara
  •  taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
  •  sedia berkorban untuk bangsa dan negara
  •  bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
  •  berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
  •  peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
  •  bersyukur sebagai warganegara Malaysia
  • 3 Bersemangat Kekitaan
  •  bersatu padu dan berharmoni
  •  bertolak ansur dan bertoleransi
  •  bekerjasama dan tolong-menolong
  •  hormat-menghormati
  •  bersefahaman dan bermuafakat
  •  muhibah atau semangat bermasyarakat
  • 4 Berdisiplin
  •  berakhlak dan berbudi pekerti mulia
  •  mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara
  •  mematuhi peraturan dan undang-undang
  •  berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi
  •  bertindak wajar
  •  bersifat amanah dan jujur
  •  berlaku adil dan bertimbang rasa
  • 5 Berusaha dan Produktif
  •  rajin dan gigih
  •  berdikari
  •  tabah menghadapi cabaran
  •  menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan
  •  berganding bahu membangunkan negara
  •  berilmu dan berketrampilan


No comments:

Post a Comment