Monday, July 11, 2011

Sokongan Guru-guru Sejarah Dalam Pelancaran Minggu Bahasa SDAR

11 Julai 2011, Isnin, bertempat di Dewan Tun Abdul Razak, Minggu Bahasa telah dilancarkan di Sekolah Dato' Abdul Razak. Minggu Bahasa telah dirasmikan oleh tuan pengetua cemerlang sendiri iaitu Tn Hj Zakaria B Md Zin. Minggu bahasa ini menghimpunkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang akan melibatkan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Antarabangsa (Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Perancis). Panitia sejarah di sini akan sentiasa memberikan sokongan kepada rakan panitia yang lain untuk menjayakan program yang dirancang ini. Diharapkan pelajar-pelajar SDAR akan mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan ini. Bersama-samalah kita menjayakan MINGGU BAHASA di SDAR dengan temanya "BAHASA PENGHUBUNG BUDAYA"....

Ahli panitia Sejarah yang bersama-sama memberi sokongan semasa majlis pelancaran Minggu Bahasa
(Pn Hasmahan, Pn Salmiah, Pn Fatimah)



Pengacara-pengacara majlis Minggu Bahasa

Persembahan silat sambil berpantun pembuka majlis


No comments:

Post a Comment