Friday, July 29, 2011

"Jasamu Dikenang Budimu Disanjung" En Muhammad Yazid dan Ustaz Azizee


29 Julai 2011 (Jumaat), 10.30 pagi bermulalah majlis "Jasamu Dikenang Budimu Disanjung" bagi meraikan dua orang guru SDAR yang berpindah sekolah iaitu En Muhammad Yazid (PK HEM) dan Ustaz Azizee (Guru Bahasa Arab). Perpindahan mereka merupakan satu kehilangan yang akan dirasai kerana kedua-duanya mempunyai watak yang membuatkan teman di sekeliling tidak gering gusi. En Muhammad Yazid, terkenal dengan lawaknya dan Ust Azizee yang terkenal dengan kepetahannya bercakap seperti YB akan membuatkan kami teman dari Panitia Sejarah akan merindui kalian. Untuk makluman, En Muhammad Yazid akan  beralih angin ke SM Sains Sultan Iskandar, Mersing ( selaku PK HEM ) manakala Ustaz Azizee pula beralih angin ke SM Agama Persekutuan, Labu. Buat Ustaz Azizee, banyak bantuan telah diberi kepada kami Panitia Sejarah terutamanya membuat sesuatu program yang besar. Malah, secara peribadinya, saya banyak belajar daripada beliau. Program Menjejaki Warisan Utara Tanah Air yang akan dijalankan pada 14 - 16 September 2011 diharapkan akan berjaya dan Ust Azizee juga banyak membantu dari segi memberikan maklumat terutamanya dalam slot Bicara Tokoh. Terima Kasih Ustaz Azizee. Terima kasih juga kepada En Muhammad Yazid yang sentiasa memberi sokongan kepada Panitia Sejarah ketika menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar. Jasamu akan tetap kami kenang, dan budimu dan sentiasa disanjung.
En Muhammad Yazid menyampaikan ucapan perpisahannya.
"Dalam Hati Ada Taman"

Ustaz Azizee, dengan penuh semangat menyuntik semangat warga SDAR supaya terus maju ke hadapan
(memang layak jadi 'YB' )

Hadiah sebagai kenang-kenangan dari Persatuan Sejarah SDAR
(gambar atas - untuk En Muhammad Yazid)
(gambar bawah - Ustaz Azizee)



Wakil Persatuan Sejarah SDAR menyampaikan hadiah kepada En Muhammad Yazid dan Ustaz Azizee


Wakil dari Kelab Guru, Ustaz Tajul Azhar menyampaikan hadiah

No comments:

Post a Comment