Friday, August 19, 2011

Lawatan ke Muzium Lukut, Port Dickson


17 Ogos 2011(Rabu), 2.30 petang, satu lawatan telah diadakan bagi menjalankan penyelidikan serta mencari bahan untuk pertandingan penulisan esei sejarah yang bertemakan kegemilangan Lukut. Seramai 18 orang pelajar mengikuti lawatan ini dengan diiringi saya, Pn Hasmahan. Sesungguhnya saya rasa bersyukur kerana kumpulan penyelidik muda SDAR ini telah mendapat kerjasama daripada pihak muzium. En Rosiwandy, selaku pegawai yang bertanggungjawab dalam penulisan esei ini telah banyak membantu penyelidik muda ini dalam memberikan maklumat yang diperlukan. Malah kunjungan singkat ini tidak mencukupi bagi mendapatkan semua bahan. Insyaallah, kunjungan kali kedua selepas raya akan dibuat bagi mendapatkan sebahagian lagi maklumat bagi memastikan karya yang dihasilkan bermutu dan berilmiah. Pada pukul 4.30 petang, bas SDAR bergerak pulang ke SDAR. InsyaAllah, kami akan kunjungi lagi Muzium Lukut selepas cuti Hari Raya Aidilfitri ini. Banyak lagi maklumat yang belum diterokai oleh penyelidik muda SDAR ini...
Taklimat dari En Rosiwandy, pegawai dari Muzium Lukut

Penyelidik muda yang tekun mendengar penerangan dan mencatat maklumat penting





Sebahagian artifak yang dipamerkan di ruang dalam Muzium Lukut






No comments:

Post a Comment