Friday, August 19, 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-54


17 Ogos 2011(Rabu), 7.30 pagi satu majlis sambutan bulan kemerdekaan telah diadakan di hadapan Dataran Bestari. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk jalur gemilang yang oleh pasukan Pengakap dan turut diiringi dengan pasukan silat. Jalur Gemilang telah dipasang di tiang bendera SDAR dan berkibar dengan gahnya. Majlis ini dirasmikan oleh Tn Hj Zakaria B Md Zin, Pengetua Cemerlang SDAR. Tema tahun ini ialah "1 Malaysia Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Diharapkan dengan pelancaran bulan kemerdekaan ini akan memberi banyak pendedahan kepada pelajar tentang sejarah negara kita.

Jalur Gemilang dipasang untuk berkibar megah di udara

 7 wasiat Raja-raja Melayu berkumandang di ruang udara SDAR

Ucapan Tn Hj Zakaria Md Zin, Pengetua Cemerlang

Tuan Pengetua memasang jalur gemilang pada kereta guru SDAR

Jalur Gemilang pada van SDAR

Calon SPM yang sedang mengharungi peperiksaan percubaan turut sama meraikan sambutan bulan kemerdekaan.
(Buku tidak lekang dari tangan) 

No comments:

Post a Comment