Friday, August 26, 2011

Bermulanya cuti persekolahan sempena Hari Raya Aidilfitri

26 Ogos 2011 (Jumaat), bersemangat pelajar SDAR hari ini memandangkan masing-masing sudah membayangkan bermulanya cuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Malah guru-guru SDAR juga turut bersemangat memandangkan bukan senang nak balik kampung selalu... Jadi ini peluang yang ditunggu-tunggu oleh semua warga SDAR. Majlis bermaaf-maafan telah dijalankan di Dewan SDAR pada pukul 10.30 pagi. Ini memandangkan pelajar ting 5 masih lagi menduduki peperiksaan percubaan. Pelajar tingkatan 4 telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan majlis bermaaf-maafan ini. Sementara menunggu tingkatan 5 selesai peperiksaan, pelajar tingkatan 1 hingga 4 diarah untuk mengemas kelas masing-masing. Maklumlah seminggu meninggalkan kelas, jadi kelas mestilah bersih dan kemas.

Panitia Sejarah ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua warga SDAR, para ibu bapa dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan SDAR... Semoga kita memperolehi banyak rahmat dari bulan Ramadan ini dan marilah kita meraikan kemenangan masing-masing di  dalam bulan Syawal ini...

No comments:

Post a Comment