Saturday, September 8, 2012
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2011
6 September 2012 (Khamis), majlis penyampaian hadiah untuk Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2012 diadakan di Wisma Sejarah, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Penyampaian hadiah kali ini disempurnakan oleh YAB Tan Sri Hj Muhyiddin B Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Naib Presiden Persatuan Sejarah Malaysia. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan esei yang bermutu yang seterusnya layak dinobatkan sebagai johan dan naib johan bagi menengah atas serta johan dan saguhati bagi menengah rendah. Diharapkan ini menjadi penyuntik semangat kepada para peserta tahun ini.
Tuesday, July 10, 2012
Lawatan Ke Muzium Istana Seri Menanti Sempena Pesta Kesukuan Adat Perpateh 2012
7 Julai 2012 (Sabtu), Persatuan Sejarah dan Persatuan Adat Perpateh telah bergabung untuk membuat lawatan ke Pesta Kewsukuan Adat Perpateh 2012 yang diadakan selama dua hari iaitu 7 - 8 Julai 2012. Persatuan Sejarah diketuai oleh Pn Hasmahan sebagai guru pengiring manakala Adat Perpateh oleh Pn Murni. Seramai 32 orang pelajar turut bersama dalam lawatan ini. Apa yang menarik, pelajar SDAR diperkenalkan dengan makanan tradisional masyarakat Negeri Sembilan mengikut luak masing-masing. Selain daripada makanan tradisional, permainan tradisional juga turut diperkenalkan kepada pengunjung. Antara permainan tradisional yang terdapat seperti congkak, tarik upih, daam dan bermain tolak gelung. Malah setiap pengunjung dibenarkan merasa makanan tradisional tersebut yang dan semestinya peluang ini tidak dilepaskan oleh pelajar dan guru SDAR. Selain itu, rombongan SDAR juga melawat sekitar Istana Lama Seri Menanti dan ini memberikan peluang baru kepada pelajar SDAR. Semoga setiap pelajar SDAR yang terlibat akan memanfaatkan sebaik mungkin pengalaman sepanjang lawatan ini.
Persidangan Antarabangsa Melayu-Polinesia
5-6 Julai 2012, buat pertama kalinya telah diadakan Persidangan Antarabangsa Melayu Polinesia bertempat di Kelana Resort, Seremban. Seramai 4 orang guru SDAR menghadiri persidangan ini iaitu Pn Hasmahan, Pn Fatimah, Pn Murni dan Pn Nurul Hashida. Banyak maklumat dan ilmu yang diperolehi sepanjang persidangan ini. Persidangan ini turut dihadiri oleh wakil dari negara luar yang merupakan rumpun Melayu Polinesia iaitu orang Maori, New Zealand, Melayu Pattani, Melayu Afrika Selatan, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Thursday, May 24, 2012
LATIHAN UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5 SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL II
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 SDAR
LATIHAN PENGUASAAN SOALAN KBKK
LATIHAN PENGUASAAN SOALAN KBKK
BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
1. Pada pandangan anda,
mengapakah sikap toleransi seperti dalam
Pakatan Murni penting kepada negara kita yang mempunyai rakyat pelbagai
kaum? (5 markah)
2. Bagaimanakah tolak ansur
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia boleh membantu negara kita untuk lebih
maju pada masa hadapan? (5 markah)
BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
1. Penubuhan Malaysia memperlihatkan kematangan
pemimpin kita melihat masa depan. Pada pandangan anda, mengapakah kemasukan
Sabah dan Sarawak dalam Malaysia memberi banyak faedah kepada rakyat negeri
tersebut? (5 markah)
2. Apakah iktibar yang
boleh diambil daripada tentangan negara luar iaitu Indonesia dan Filipina dalam
usaha menubuhkan Malaysia? (5 markah)
BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN
PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
1. Berdasarkan
pemerhatian anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada rakyat pelbagai kaum
di Malaysia? (5 markah)
2. Pada pandangan anda, mengapakah sistem Raja Berperlembagaan masih
relevan dan penting kepada negara Malaysia? (5 markah)
3. Pada
pendapat anda, mengapakah lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan
perlu dihormati dan dipelihara? (5 markah)
4. Pada pandangan anda, mengapakah hubungan baik antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri amat penting? (5 markah)
Arahan
1. Sila siapkan soalan kbkk ini dalam bentuk esei.
2. Jawapan hendaklah ditaip dalam microsoft word dan dihantar ke email cikgu untuk semakan.
3. Hantar jawapan yang telah siap ke email ini :
ahasmahan@gmail.com
Huatima77@yahoo.com
Salmiah_mohdali@yahoo.com
Arahan
1. Sila siapkan soalan kbkk ini dalam bentuk esei.
2. Jawapan hendaklah ditaip dalam microsoft word dan dihantar ke email cikgu untuk semakan.
3. Hantar jawapan yang telah siap ke email ini :
ahasmahan@gmail.com
Huatima77@yahoo.com
Salmiah_mohdali@yahoo.com
# Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn Hasmahan, Pn Fatimah dan Pn Salmiah
Wednesday, May 23, 2012
SAMBUTAN HARI GURU DAN MAJLIS PERPISAHAN EN AZIMI BIN MD ZIN
![]() |
Semua cikgu SDAR wajib pakai pin ini... dari pelajar SDAR |
![]() |
Antara guru-guru perempuan SDAR |
![]() |
Persembahan pelajar SDAR |
23 Mei 2012(Rabu), 2.00 petang bermulalah majlis untuk Cikgu Azimi Bin Md Zin....
Sesungguhnya warga SDAR merasakan satu kehilangan yang amat sangat apabila Cikgu Azimi tidak lagi berkhidmat di SDAR dan menyambung tugasnya di SMS Batu Pahat.... Bagi panitia Sejarah sendiri amat merasai kehilangannya kerana Cikgu Azimi yang lebih mesra dipanggil Jimi di kalangan rakan sejawat sentiasa bersama dengan panitia sejarah dalam menjalankan program kemanusiaan... Walaupun Cikgu Azimi mengajar Geografi (KP Geografi) namun perbincangan sentiasa diadakan dengan panitia Sejarah.
![]() |
yang diraikan... En Azimi B Md Zin |
![]() |
Ucapan perpisahan dan amanat kepada rakan sejawat dan pelajar SDAR |
![]() |
Persembahan pelajar |
![]() |
Bergambar kenangan bersama Jimi dan Kak Zalita (insyaallah... nanti kita buat program jaringan yer jimi...) |
Monday, May 14, 2012
Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012
Kepada semua pelajar SDAR... selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Semoga memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan ini. Form 5... ingat akan straight At anda! kepada form 3 ingat straight A's, kepada form 1,2 dan 4...ini bukan bulan untuk bersuka ria dan jangan ambil semua perkara itu mudah... Cikgu doakan kejayaan kalian... Amin....
Thursday, May 3, 2012
Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2012
http://www.psm.org.my/laman_utama.htm
Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2012 telah dikeluarkan di dalam laman web rasmi Persatuan Sejarah Malaysia. Pemilihan pelajar juga sedang dilakukan memandangkan ada permintaan yang melebihi bilangan yang ditetapkan dalam pertandingan ini. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan pemerhatian guru, kesungguhan dan minat pelajar dalam penulisan sejarah ini. Seramai 6 orang pelajar akan dipilih untuk mewakili 2 kumpulan kategori menengah rendah dan 6 kumpulan lagi untuk mewakili 2 kumpulan kategori menengah atas. Kesemuanya berjumlah 12 orang yang akan dipilih. Diharapkan pemilihan akan berjalan lancar.
Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2012 telah dikeluarkan di dalam laman web rasmi Persatuan Sejarah Malaysia. Pemilihan pelajar juga sedang dilakukan memandangkan ada permintaan yang melebihi bilangan yang ditetapkan dalam pertandingan ini. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan pemerhatian guru, kesungguhan dan minat pelajar dalam penulisan sejarah ini. Seramai 6 orang pelajar akan dipilih untuk mewakili 2 kumpulan kategori menengah rendah dan 6 kumpulan lagi untuk mewakili 2 kumpulan kategori menengah atas. Kesemuanya berjumlah 12 orang yang akan dipilih. Diharapkan pemilihan akan berjalan lancar.
-Pn Hasmahan-
Subscribe to:
Posts (Atom)