Saturday, February 11, 2012

Ahli Persatuan Sejarah Memasak Kuih Tradisional di Lobby SDAR

       8 Februari 2012 (Rabu), Perjumpaan ke-3 persatuan telah memperlihatkan kehebatan pelajar lelaki memasak makanan tradisional. Makanan tradisional yang dipilih ialah kuih buah melaka. Aktiviti persatuan bermula 3.30 petang. Pn Hasmahan dan Pn Fatimah telah mengarahkan presiden persatuan, Zulfadhli membahagikan ahli kepada beberapa kumpulan kecil. Kemudiannya, Pn Hasmahan telah membuat sesi tunjuk cara bagaimana hendak membuat kuih buah melaka kepada pelajar. Setelah selesai, setiap kumpulan mula mengambil bahan-bahan yang diperlukan dan mula menunjukkan skil masing-masing. Diharapkan aktiviti ini akan dapat mengeratkan hubungan ahli-ahli persatuan dan dapat memperkenalkan makanan tradisional ini kepada generasi y ini.

Gambar sepanjang aktiviti dijalankan

Pn Hasmahan sedang menunjukkan cara membuat kuih buah melaka kepada  pelajar


Suasana di mana pelajar sedang memasak kuih buah melaka


Uli betul-betul tepung tu....

Pn Fatimah sedang membantu pelajar

















Penolong Kanan SDAR, Tn Hj Sahak Ahmadun sedang mencuba  hasil air tangan pelajar SDAR

Nikmatnya Tn Hj Sahak merasa kuih tu..., Pn Zainah (PK Kokurikulum) turut bersama merasai kuih pelajar ini

S/u Kokurikulum, En Azimi (kanan) turut merasai kuih ini. 

Friday, January 27, 2012

Lawatan Persatuan Sejarah SDAR ke Muzium Negeri (Pameran Tortura)


25 Januari 2012 (Rabu), satu lawatan telah diadakan ke Muzium Negeri untuk menyaksikan khazanah-khazanah berharga yang terdapat di Negeri Sembilan pameran alat seksaan yang digunakan di Eropah. Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti persatuan untuk mengenali sejarah tanah air dan juga luar. Seramai 43 orang ahli Persatuan Sejarah mengikuti lawatan ini. Diharapkan dengan adanya lawatan ini akan membuka minda pelajar SDAR tentang sejarah negara dan menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada.


Lawatan : Ahli Persatuan Sejarah sedang menaiki bas untuk ke Muzium Negeri, Seremban 

Presiden Persatuan Sejarah, Zulfadhli Aidi

Hicom Persatuan Sejarah



Pn Hasmahan memberi taklimat kepada pelajar 



Inilah dia budak SDAR!

Barangan yang diletakkan di luar bilik pameran

Sebahagian peralatan seksaan yang dipamerkan


2 orang model dari Persatuan Sejarah...
Fazrin macam model air minuman sahaja

Inilah barisan ahli persatuan yang turut sama dalam lawatan ini

Bangunan Muzium Negeri, Seremban

Barangan dalam pameran ini





Panitia Sejarah 2012

Panitia Sejarah 2012 masih lagi diterajui oleh Puan Fatimah Bt Ab Rahim dengan dikuatkan dengan Pn Salmiah Bt Mohd Ali dan Pn Hasmahan Bt Abd Rahman. Malah Panitia Sejarah turut dibantu oleh Pn Sakinah Bt Abdullah dan Pn Nor Hafiza Bt Omar yang merupakan opsyen Pendidikan Islam. Namun, dengan pengalaman tahun-tahun sebelum ini yang pernah terlibat dalam mengajar sejarah, telah menjadikan Panitia Sejarah bertambah mantap lagi

Saturday, December 31, 2011

Selamat tahun baru & Selamat memulakan alam persekolahan sesi 2012

Kepada semua warga SDAR, Panitia Sejarah ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 dan SELAMAT MEMULAKAN ALAM PERSEKOLAHAN BARU SESI 2012.  Semoga tahun ini akan menaikkan lagi semangat kita untuk mendidik anak-anak SDAR mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. 

Kepada pelajar SDAR, Selamat memulakan alam persekolahan bagi tahun 2012. Harap kalian semua akan terus berusaha untuk memajukan diri masing-masing. Cikgu akan sentiasa berada di sisi dalam membimbing dan mendoakan kejayaan kamu semua. 

Friday, December 23, 2011

PMR SDAR MENINGKAT....


22 September 2011 menyaksikan kegembiraan semua warga SDAR apabila mengetahui keputusan PMR SDAR melonjak naik. Semua subjek meningkat secara keseluruhannya dengan gred min 1.02. Terdapat 4 subjek yang mendapat semua A iaitu Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup, Sains dan Matematik. Subjek yang lain termasuk Sejarah walaupun agak terkilan kerana tidak semua mendapat semua A, tapi masih bersyukur kerana turut melonjak naik. Hanya 3 orang pelajar yang tidak mendapat A dan masing-masing mendapat B.

     Namun ini tidak akan mematahkan kami sebagai pendidik SDAR untuk berhenti setakat ini sahaja. Perjalanan masih jauh dan PMR 2012 sedang menunggu untuk dikerah keringat untuk menambahbaik program yang sedia ada dan memastikan semua A dalam Sejarah PMR tercapai. Kepada semua pelajar tingkatan 3 2012, siapkan minda anda... perjuangan semakin dekat... Semoga tahun 2012 akan membawa semangat baru kepada semua guru dan pelajar SDAR dalam meningkatkan kecemerlangan masing-masing.
Debaran menunggu keputusan...

Keluarga yang turut berdebar menunggu keputusan anak tersayang



Penyerahan keputusan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Zakaria B Md Zin di atas pentas

Kegembiraan dikongsi satu keluarga


Saat bahagia...

Sunday, December 18, 2011

Sedar tidak sedar, di ambang akhir 2011

    Kesibukan  dengan tugasan yang ada tidak terasa cuti hujung tahun ni. Bermula persekolah baru. 27 Disember  2011 adalah adalah mesyuarat pertama persekolahan. Semoga dengan kedatangan tahun 2012 akan menaikkan lagi semangat kita untuk terus mendidik anak-anak SDAR untuk terus berjaya dalam hidup. Pelajar tingkatan 3 2011 pun makin berdebar menunggu keputusan PMR. Cikgu-cikgu pun mula rasa bahangnya jugak... Harap keputusan PMR yang diperolehi akan dapat melonjakkan nama SDAR ke tangga teratas. Amin... Kepada semua pelajar tingkatan 3, Selamat Berjaya dan sentiasalah berdoa untuk kejayaan kalian semua. Untuk pelajar tingkatan 5 2011 yang baru habis peperiksaan SPM, usaha telah dilakukan, jawapan telah diberikan, yang tinggal berdoa supaya mendapat keputusan yang baik dan akhir sekali, tawakal kepada -Nya... InsyaAllah, cikgu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian semua.... Harap A dan A+ akan menyinari di ruang udara SDAR semasa keluarnya keputusan PMR dan SPM nanti... Selamat berjaya.... Ikhlas dari saya, Cg Hasmahan.