Bermula 4 Julai 2011, kelas anjal mula dilaksanakan untuk pelajar tingkatan 3 dan 5... Latih tubi sudah tersedia untuk memastikan nama SDAR diangkat kembali ke atas. Kepada semua pelajar tingkatan 3 dan 5, fokus amat penting. Set minda dan tenaga kita ke arah yang positif. Moga segala usaha kita akan membuahkan hasil yang diharapkan oleh kita semua.... AMIN.
Monday, July 4, 2011
Wednesday, June 15, 2011
Panduan penulisan penghargaan, objektif, kaedah dan rumusan kerja kursus
Salam kepada semua pelajar SDAR tingkatan 3 dan calon-calon PMR 2011. Di sini diberikan sedikit panduan kepada pelajar untuk menyiapkan beberapa bahagian dalam kerja kursus sejarah. Diharapkan semua akan mendapat manfaat daripada paparan ini. Dengan contoh yang diberikan oleh cikgu akan memudahkan kamu semua merujuk dan menyiapkan elemen 2 dengan daya usaha kamu sendiri....
Kepada pelajar tingkatan 3 SDAR, PMR semakin menghampiri, jangan tangguhkan kerja, siapkan kerja kursus agar tiada yang menghalang kita ketika melakukan 'pecutan' nanti. Kecemerlangan sekolah tanggungjawab kita bersama.
Contoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah
Kepada pelajar tingkatan 3 SDAR, PMR semakin menghampiri, jangan tangguhkan kerja, siapkan kerja kursus agar tiada yang menghalang kita ketika melakukan 'pecutan' nanti. Kecemerlangan sekolah tanggungjawab kita bersama.
Contoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Dato’ Abdul Razak, Tuan Haji Zakaria Bin Md Zin kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru Sejarah saya iaitu Puan Hasmahan Binti Abd Rahman kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu En Hamzah Bin Muhammad dan Pn. Hanis Binti Ahmad kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu Sulaiman Bin Halim dan Ismail Bin Ibrahim yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.
Contoh Objektif Kajian :
Melalui kajian ini, saya dapat :
- Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah.
- Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.
- Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai institusi pentadbiran tempatan yang banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat.
Contoh Kaedah Kajian :
1. Kaedah temu bual
Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual XXXXXXXXXXXXX dari XXXXXXX untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.
2. Kaedah lawatan dan pemerhatian
Saya telah melawat XXXXXXXXXXX untuk mengkaji sejarah institusi berkenaan. Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan pemerhatian saya di sini.
3. Kaedah analisis dokumen
Saya juga turut merujuk dokumen dari XXXXXXXXX untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.
4. Kaedah penyelidikan perpustakaan
Saya juga turut mengunjungi perpustakaan XXXXXX untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.
5. Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang institusi yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.
6. Kaedah Audio visual
Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rancangan XXXX. Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini.
Contoh Rumusan
Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai fungsi institusi ini dalam membantu ke arah kemajuan dan keharmonian negara.
Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.
Akhir sekali, kesejahteraan dan keamanan negara bergantung kepada rakyatnya. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.
Tuesday, May 24, 2011
Seminar Antarabangsa 'Museum And Memory' di Royale Bintang, Seremban
23 Mei 2011, saya telah menghadiri Seminar Antarabangsa 'Museum and Memory' di Hotel Royale Bintang, Seremban.Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi - 4.30 petang. Banyak input yang diperolehi daripada seminar tersebut. Ditambah lagi apabila berjumpa dengan rakan-rakan yang lain seperti dari SMAPL,KGV dan SMK Seafield. Sepatutnya seminar-seminar seperti ini diperluaskan lagi di kalangan guru dan mungkin boleh dijadikan acara tahunan muzium negeri atau muzium negara bagi memperluaskan lagi minda para guru.
Hasmahan
Hasmahan
Monday, May 23, 2011
Pemilihan pelajar yang akan menyertai Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2011
Pengumuman kepada semua pelajar SDAR....
Pemilihan sedang dilakukan untuk memilih pelajar yang akan menyertai pertandingan menulis sejarah Malaysia 2011. Kepada sesiapa yang meminati penulisan sejarah, sila hubungi Pn Hasmahan untuk menjalani sesi saringan. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Menengah Rendah (2 penyertaan) dan Menengah Atas (2 penyertaan). Jadi Panitia Sejarah akan mencari 2 penyertaan dari menengah rendah dan 2 penyertaan dari menengah atas. Satu kumpulan tidak melebihi 3 orang. Jadi, sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut, bolehlah datang terus berjumpa dengan Pn Hasmahan.
"Kekalkan kecemerlangan dalam PENULISAN SEJARAH MALAYSIA"
-Pn Hasmahan-
Pemilihan sedang dilakukan untuk memilih pelajar yang akan menyertai pertandingan menulis sejarah Malaysia 2011. Kepada sesiapa yang meminati penulisan sejarah, sila hubungi Pn Hasmahan untuk menjalani sesi saringan. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Menengah Rendah (2 penyertaan) dan Menengah Atas (2 penyertaan). Jadi Panitia Sejarah akan mencari 2 penyertaan dari menengah rendah dan 2 penyertaan dari menengah atas. Satu kumpulan tidak melebihi 3 orang. Jadi, sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut, bolehlah datang terus berjumpa dengan Pn Hasmahan.
"Kekalkan kecemerlangan dalam PENULISAN SEJARAH MALAYSIA"
-Pn Hasmahan-
Friday, May 20, 2011
Berakhirnya peperiksaan pertengahan tahun.... bermulanya cuti awal seminggu bagi tingkatan 1,2 dan 4
Hari ini semua pelajar tingkatan 1,2 dan 4 dibenarkan pulang ke kampung disebabkan Asrama SDAR akan digunakan untuk HKSBP... Hanya tingkatan 3 dan 5 masih lagi berada di SDAR. Apa nak dibuat.. kelas peperiksaan dikatakan, jadi 'no honeymoon' untuk mereka. Berkorban untuk masa depan...
Kepada pelajar SDAR yang pulang ke kampung masing-masing... selamat bercuti awal dan kepada ting 3 dan 5.... jangan sedih... cikgu kan ada bersama kalian.... Perhatian akan lebih kepada kamu semua....
Sejarah PMR dan SPM ... diharapkan 100% A.
Kepada pelajar SDAR yang pulang ke kampung masing-masing... selamat bercuti awal dan kepada ting 3 dan 5.... jangan sedih... cikgu kan ada bersama kalian.... Perhatian akan lebih kepada kamu semua....
Sejarah PMR dan SPM ... diharapkan 100% A.
Tuesday, May 3, 2011
MINGGU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN.....
Hari Jumaat lepas, 28 Mac bermula peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan 4 dan 5. Sejarah Kertas 1 turut tersenarai pada hari tersebut. Setelah bercuti 3 hari, 3 Mei, pelajar ting 4 dan 5 menduduki pula paper Sejarah Kertas 2 pukul 2.00 - 4.30 ptg tadi. Moga minggu ini akan berjalan dengan lancar....
Tingkatan 1-3 akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan... Kepada semua pelajar SDAR, buat sebaik mungkin dan percaya dan yakin pada diri sendiri. Elakkan unsur-unsur yang tidak menyenangkan.... Selamat Menjawab peperiksaan daripada Panitia Sejarah....
Tingkatan 1-3 akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan... Kepada semua pelajar SDAR, buat sebaik mungkin dan percaya dan yakin pada diri sendiri. Elakkan unsur-unsur yang tidak menyenangkan.... Selamat Menjawab peperiksaan daripada Panitia Sejarah....
Wednesday, April 20, 2011
Bengkel PMR 2011
8 April 2011, satu bengkel PMR telah diadakan bagi memantapkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang kertas PMR Sejarah 2011. Bengkel berjalan lancar dan diharapkan pelajar tingkatan 3 dapat memanfaatkan peluang ini. Penceramah jemputan pada tahun ini ialah En Muslimin Fadzil, Guru Cemerlang dari SMK Tiram Jaya, Tanjung Karang.Suasana yang diselangi dengan lawak jenaka menyebabkan pelajar dapat adirannya amat disenangi oleh calon pmr SDAR 2011 ini. Semoga PMR akan memperolehi 100% A. Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)