Monday, May 23, 2011

Pemilihan pelajar yang akan menyertai Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2011

Pengumuman kepada semua pelajar SDAR....

Pemilihan sedang dilakukan untuk memilih pelajar yang akan menyertai pertandingan menulis sejarah Malaysia 2011. Kepada sesiapa yang meminati penulisan sejarah, sila hubungi Pn Hasmahan untuk menjalani sesi saringan. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Menengah Rendah (2 penyertaan) dan Menengah Atas (2 penyertaan). Jadi Panitia Sejarah akan mencari 2 penyertaan dari menengah rendah dan 2 penyertaan dari menengah atas. Satu kumpulan tidak melebihi 3 orang. Jadi, sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut, bolehlah datang terus berjumpa dengan Pn Hasmahan.

"Kekalkan kecemerlangan dalam PENULISAN SEJARAH MALAYSIA"
 -Pn Hasmahan-

No comments:

Post a Comment