Friday, April 20, 2012

Jaringan Mesra SDAR-SMK Seafield



19 April 2012 (Khamis), satu program jaringan telah diadakan buat pertama kalinya dengan SMK Seafield, Subang Jaya. Program ini diharapkan akan menjadikan titik permulaan kepada kerjasama antara kedua-dua buah sekolah. Program ini disertai oleh 3 orang guru bersama dengan 28 orang pelajar. Antara guru yang terlibat ialah guru Hasmahan Binti Abd Rahman, Pn Fatimah Binti Ab Rahim dan Pn Zalita Bt Md Lasim.


RASIONAL :
Mengembangkan potensi diri dan memperkukuhkan jati diri pelajar dalam membentuk modal insan yang
cemerlang dalam diri pelajar. Ini adalah salah satu cara untuk membentuk jati diri dalam diri pelajar selaras
dengan perkembangan negara masa kini. Malah program ini dapat mendukung dan merealisasikan aspirasi
negara menuju Wawasan 2020.

OBJEKTIF :
  • Membawa  pelajar  melawat sekolah yang  lain sebagai penanda aras.
  • Menjalinkan persahabatan yang muhibbah, perkongsian ilmu dan bertukar idea antara kedua-dua pihak
  • Meningkatkan konsep kendiri para pelajar yang bergelar pemimpin
  • Pendedahan kepada pelajar kepada masyarakat luar dan meningkatkan kemahiran sosial pelajar.
  • Menjana perkembangan emosi, rohani, intelek dan jasmani di kalangan pelajar secara positif.
  • Dapat membentuk  dan mengukuhkan jati diri dalam diri pelajar.


STRATEGI PELAKSANAAN
  • Sepanjang tahun
Terima kasih kepada SMK Seafield yang sudi menerima kunjungan kami. Diharapkan ini adalah permulaan kepada hubungan kerjasama pada masa yang akan datang.















Jalinan Mesra SDAR - Arkib Negara Malaysia



19 April 2012 (Khamis), satu program jalinan telah diadakan antara SDAR dengan Arkib Negara Malaysia. Program jalinan ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan kerjasama dan dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak. Program ini secara tidak langsung dapat mendedahkan pelajar dengan sumber-sumber pensejarahan yang terdapat di dalam negara kita di samping menjana idea pelajar tentang sejarah negara kita.


RASIONAL


Program ini amat penting untuk perkembangan ilmu seseorang murid. Usaha memberikan pendedahan kepada murid tentang maklumat yang berkaitan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan sumber warisan Negara kita seterusnya mendorong golingan ini menjadi golongan yang menghargai sejarah Negara dan bangsanya  sendiri. Ini adalah salah satu cara untuk membentuk jati diri dalam diri pelajar selaras dengan perkembangan negara masa kini. Malah program ini dapat mendukung dan merealisasikan aspirasi negara menuju Wawasan 2020.


OBJEKTIF


2.1  Meningkatkan konsep kendiri para pelajar yang bergelar pemimpin.
2.2  Membantu pelajar memahami pemeliharaan dan pemuliharaan sumber sejarah dibuat.
2.3  Membentuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan menjaga warisan bangsa dan negara kita
2.4  Menjana perkembangan emosi, rohani, intelek dan jasmani di kalangan pelajar secara positif.

STRATEGI PELAKSANAAN

Tarikh              :   19 April 2012, 13 Jun 2012 dan 5 September 2012 
Masa               :   8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat            :   Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur


Sepanjang program ini dilaksanakan, layanan yang diberikan oleh pihak arkib amat baik. Setelah sampai sahaja di arkib, barisan SDAR telah disambut oleh pegawai arkib iaitu Datin Mahizah Bt Abd Malik dan Pn Shazana. Jamuan pagi disediakan kepada pelajar SDAR di kafetaria. Selesai bersarapan, pelajar dipertontonkan dengan video mengenai darurat dan kubu hutan. Mini kuiz diadakan dan ramai pelajar berebut memberi jawapan termasuklah Pn Zalita yang merupakan peserta pertama yang menjawab soalan kuiz. (kuiz untuk guru ke atau untuk pelajar?) kemudiannya pelajar dibawa melihat demontrasi bagaimana sesebuah bahan dibaikpulih dan disimpan. Setelah selesai, pelajar dibawa ke Dewan penyelidikan dan diberi penerangan oleh En Faiz Bin Ismail. Pelajar turut melawat perpustakaan di dalam bilik penyelidikan tersebut. Akhir sekali, majlis penyampaian cenderamata antara kedua-dua pihak dijalankan sebagai penghargaan kepada pihak arkib yang banyak membantu pelajar SDAR dalam menjalankan penyelidikan pada tahun-tahun sebelum ini dan diharapkan lawatan ini sebagai satu titik permulaan kepada kerjasama yang akan datang.


Perjalanan ke Arkib Negara

Menuju puncak...

Sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Arkib Negara Malaysia

Datin Mahizah yang mengalu kehadiran warga SDAR

Tayangan 2 video kepada warga SDAR



Kuiz yang dijalankan... Tahniah yer pelajar SDAR, semua dapat hadiah!

Bengkel mini tentang pemeliharaan dan pemuliharaan bahan 

Zulfadhli sedang belajar untuk menjilid bahan

Cenderamata daripada SDAR disampaikan oleh Pn Hasmahan kepada Cik Shazana dari Arkib Negara Malaysia

Cenderamata dari Arkib Negara




Thursday, April 5, 2012

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENULIS SEJARAH MALAYSIA 2011

Keputusan Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2011 telahpun diumumkan di dalam laman web Persatuan Sejarah Malaysia. Alhamdulillah, SDAR telah mengungguli kedua-dua kategori yang disertai. Sdar telah bertanding dalam kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas.
Keputusan adalah seperti berikut :

KEPUTUSAN MENULIS ESEI SEJARAH MALAYSIA 2012

KATEGORI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ATAS (4-5)
Tajuk Karya Utusan Malaysia : Suara Keramat Bangsa

Penulis :
Megat Muhammad Nadzrin B. Norizan
Muhammad Azfar B. Azhar
Amir Fareed B. Ahmad Khairuddin
Guru pembimbing : Pn Hasmahan










TEMPAT KEDUA : 16/SMA RM1750.00
Tajuk Karya Di Sebalik Namanya Linggi (ada nukilannya)

Penulis :
Mohamad Amin B. Kamaruddin
Amir Ubaidah B. Mohd Zuki
Nurman B. Noes
Guru Pembimbing : Pn Salmiah Mohd Ali











KATEGORI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH RENDAH (SMR) 1-3

TEMPAT PERTAMA : 19/SMR RM1500.00 
Tajuk Karya Menelusuri Kegemilangan Lukut : Suatu Ketika

Penulis : 
Amirrul Faiz B. Ali 
Mohamad Hafiz B. Mohamad Akbal 
Muhammad Zarif Helmi B. A Rahman 
Guru pembimbing : Pn Hasmahan

HADIAH SAGUHATI : SMR
1) 20/SMR RM200.00 

Tajuk Karya Perlombongan Bijih Timah : Melakar Tawarikh Negeri Perpatih

Penulis :
Muhammad Nor Aizat B. Azmi 
Afif Farhan B. Abd Wahab 
Syahmi B. Saim 
Guru pembimbing : Pn Hasmahan



Keputusan penuh Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2011 boleh klik di sini http://www.psm.org.my/image/KEPUTUSAN%20MENULIS%20SEJ.%202011.pdf