19 April 2012 (Khamis), satu program jalinan telah diadakan antara SDAR dengan Arkib Negara Malaysia. Program jalinan ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan kerjasama dan dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak. Program ini secara tidak langsung dapat mendedahkan pelajar dengan sumber-sumber pensejarahan yang terdapat di dalam negara kita di samping menjana idea pelajar tentang sejarah negara kita.
RASIONAL
Program ini amat penting untuk perkembangan ilmu
seseorang murid. Usaha memberikan pendedahan kepada murid tentang maklumat yang
berkaitan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan sumber warisan Negara kita
seterusnya mendorong golingan ini menjadi golongan yang menghargai sejarah
Negara dan bangsanya sendiri. Ini adalah
salah satu cara untuk membentuk jati diri dalam diri pelajar selaras dengan
perkembangan negara masa kini. Malah program ini dapat mendukung dan merealisasikan
aspirasi negara menuju Wawasan 2020.
OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan konsep kendiri para pelajar yang bergelar
pemimpin.
2.2 Membantu pelajar memahami pemeliharaan dan
pemuliharaan sumber sejarah dibuat.
2.3 Membentuk kesedaran dalam
diri pelajar tentang kepentingan menjaga warisan bangsa dan negara kita
2.4 Menjana perkembangan
emosi, rohani, intelek dan jasmani di kalangan pelajar secara positif.
STRATEGI PELAKSANAAN
Tarikh : 19 April 2012, 13 Jun 2012 dan 5 September
2012
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur
Sepanjang program ini dilaksanakan, layanan yang diberikan oleh pihak arkib amat baik. Setelah sampai sahaja di arkib, barisan SDAR telah disambut oleh pegawai arkib iaitu Datin Mahizah Bt Abd Malik dan Pn Shazana. Jamuan pagi disediakan kepada pelajar SDAR di kafetaria. Selesai bersarapan, pelajar dipertontonkan dengan video mengenai darurat dan kubu hutan. Mini kuiz diadakan dan ramai pelajar berebut memberi jawapan termasuklah Pn Zalita yang merupakan peserta pertama yang menjawab soalan kuiz. (kuiz untuk guru ke atau untuk pelajar?) kemudiannya pelajar dibawa melihat demontrasi bagaimana sesebuah bahan dibaikpulih dan disimpan. Setelah selesai, pelajar dibawa ke Dewan penyelidikan dan diberi penerangan oleh En Faiz Bin Ismail. Pelajar turut melawat perpustakaan di dalam bilik penyelidikan tersebut. Akhir sekali, majlis penyampaian cenderamata antara kedua-dua pihak dijalankan sebagai penghargaan kepada pihak arkib yang banyak membantu pelajar SDAR dalam menjalankan penyelidikan pada tahun-tahun sebelum ini dan diharapkan lawatan ini sebagai satu titik permulaan kepada kerjasama yang akan datang.
|
Perjalanan ke Arkib Negara |
|
Menuju puncak... |
|
Sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Arkib Negara Malaysia |
|
Datin Mahizah yang mengalu kehadiran warga SDAR |
|
Tayangan 2 video kepada warga SDAR |
|
Kuiz yang dijalankan... Tahniah yer pelajar SDAR, semua dapat hadiah! |
|
Bengkel mini tentang pemeliharaan dan pemuliharaan bahan |
|
Zulfadhli sedang belajar untuk menjilid bahan |
|
Cenderamata daripada SDAR disampaikan oleh Pn Hasmahan kepada Cik Shazana dari Arkib Negara Malaysia |
|
Cenderamata dari Arkib Negara |
No comments:
Post a Comment