19 April 2012 (Khamis), satu program jaringan telah diadakan buat pertama kalinya dengan SMK Seafield, Subang Jaya. Program ini diharapkan akan menjadikan titik permulaan kepada kerjasama antara kedua-dua buah sekolah. Program ini disertai oleh 3 orang guru bersama dengan 28 orang pelajar. Antara guru yang terlibat ialah guru Hasmahan Binti Abd Rahman, Pn Fatimah Binti Ab Rahim dan Pn Zalita Bt Md Lasim.
RASIONAL :
Mengembangkan potensi diri dan memperkukuhkan jati
diri pelajar dalam membentuk modal insan yang
cemerlang dalam diri pelajar. Ini adalah salah satu cara untuk membentuk jati diri dalam diri
pelajar selaras
dengan perkembangan negara masa kini. Malah program ini dapat
mendukung dan merealisasikan aspirasi
negara menuju Wawasan 2020.
OBJEKTIF :
- Membawa pelajar melawat sekolah yang lain sebagai penanda aras.
- Menjalinkan persahabatan yang muhibbah, perkongsian ilmu dan bertukar idea antara kedua-dua pihak
- Meningkatkan konsep kendiri para pelajar yang bergelar pemimpin
- Pendedahan kepada pelajar kepada masyarakat luar dan meningkatkan kemahiran sosial pelajar.
- Menjana perkembangan emosi, rohani, intelek dan jasmani di kalangan pelajar secara positif.
- Dapat membentuk dan mengukuhkan jati diri dalam diri pelajar.
STRATEGI PELAKSANAAN
- Sepanjang tahun
Terima kasih kepada SMK Seafield yang sudi menerima kunjungan kami. Diharapkan ini adalah permulaan kepada hubungan kerjasama pada masa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment