Saturday, July 30, 2011

Ramadhan al Mubarak

"Fadilat Ramadan"

Surah Al Baqarah, ayat 183

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya:
"Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Bulan Ramadan sesungguhnya adalah bulan yang mulia yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam. Berebut-rebutlah mencari peluang melakukan pahala selagi ada masa. Jangan kita lalai dengan kerja hingga lupa tentang tujuan kita di muka bumi Allah ini....Dari Panitia Sejarah, kami ingin mengucapkan "Selamat menunaikan ibadah puasa"....

Friday, July 29, 2011

"Jasamu Dikenang Budimu Disanjung" En Muhammad Yazid dan Ustaz Azizee


29 Julai 2011 (Jumaat), 10.30 pagi bermulalah majlis "Jasamu Dikenang Budimu Disanjung" bagi meraikan dua orang guru SDAR yang berpindah sekolah iaitu En Muhammad Yazid (PK HEM) dan Ustaz Azizee (Guru Bahasa Arab). Perpindahan mereka merupakan satu kehilangan yang akan dirasai kerana kedua-duanya mempunyai watak yang membuatkan teman di sekeliling tidak gering gusi. En Muhammad Yazid, terkenal dengan lawaknya dan Ust Azizee yang terkenal dengan kepetahannya bercakap seperti YB akan membuatkan kami teman dari Panitia Sejarah akan merindui kalian. Untuk makluman, En Muhammad Yazid akan  beralih angin ke SM Sains Sultan Iskandar, Mersing ( selaku PK HEM ) manakala Ustaz Azizee pula beralih angin ke SM Agama Persekutuan, Labu. Buat Ustaz Azizee, banyak bantuan telah diberi kepada kami Panitia Sejarah terutamanya membuat sesuatu program yang besar. Malah, secara peribadinya, saya banyak belajar daripada beliau. Program Menjejaki Warisan Utara Tanah Air yang akan dijalankan pada 14 - 16 September 2011 diharapkan akan berjaya dan Ust Azizee juga banyak membantu dari segi memberikan maklumat terutamanya dalam slot Bicara Tokoh. Terima Kasih Ustaz Azizee. Terima kasih juga kepada En Muhammad Yazid yang sentiasa memberi sokongan kepada Panitia Sejarah ketika menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar. Jasamu akan tetap kami kenang, dan budimu dan sentiasa disanjung.
En Muhammad Yazid menyampaikan ucapan perpisahannya.
"Dalam Hati Ada Taman"

Ustaz Azizee, dengan penuh semangat menyuntik semangat warga SDAR supaya terus maju ke hadapan
(memang layak jadi 'YB' )

Hadiah sebagai kenang-kenangan dari Persatuan Sejarah SDAR
(gambar atas - untuk En Muhammad Yazid)
(gambar bawah - Ustaz Azizee)



Wakil Persatuan Sejarah SDAR menyampaikan hadiah kepada En Muhammad Yazid dan Ustaz Azizee


Wakil dari Kelab Guru, Ustaz Tajul Azhar menyampaikan hadiah

Pengumunan kemenangan Petandingan Menulis Sejarah 2010 dan Kuiz Sejarah Peringkat Negeri 2011

     29 Julai 2011 (Jumaat), pengumuman kemenangan kepada warga SDAR secara rasmi akan kemenangan tempat ke-2 dan ke-3 Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2010 dan naib johan Kuiz Sejarah Peringkat Negeri 2011 diadakan. Majlis disempurnakan oleh Tuan Haji Zakaria B Md Zin, Pengetua Cemerlang SDAR dan dijalankan di Dataran Bestari. Diharapkan dengan pengumuman ini akan menarik minat para pelajar yang lain untuk turut melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan yang melibatkan Sejarah. Ini ekoran daripada bulan patriotisme yang akan menjenguk kita tidak lama lagi. Jadi banyak program yang telah dirancang oleh panitia Sejarah bagi melibatkan para pelajar SDAR agar lebih lagi mengenali Sejarah. Kepentingan Sejarah penting dalam kehidupan kita semua. Benarlah kata-kata George Santayana " Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya ".

Gambar-gambar sekitar pengumuman dan penerimaan hadiah oleh pemenang daripada Tuan Haji Zakaria Bin Md Zin.
Saya, Pn Hasmahan mengumumkan keputusan kemenangan













Buku yang diterima dari PSM untuk diberikan kepada pihak sekolah
Danial Ilman (gambar atas) dan Megat (gambar bawah) memberikan hadiah tersebut kepada Tn Hj Zakaria.


Wednesday, July 27, 2011

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SEJARAH SPM 2011

27 Julai 2011 (Rabu), satu bengkel teknik menjawab sejarah SPM 2011 telah diadakan untuk pelajar tingkatan 5 SDAR. Bengkel ini berlangsung selama 2 jam. Penceramah bengkel ialah Tn Hj Misran Bin Sharip dan SM Vokasional Ampangan. Diharapkan dengan adanya bengkel seumpama ini akan dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar tentang cara yang terbaik ketika menjawab peperiksaan SPM yang sebenar nanti. Malah program ini juga diharapkan menjadi bekalan pelajar untuk bersedia dalam peperiksaan percubaan SPM SBP dan JPNS yang akan bermula tidak lama lagi.








Tuesday, July 26, 2011

SDAR NAIB JOHAN PERTANDINGAN KUIZ SEJARAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2011


      26 Julai 2011(Selasa), bertempat di SMK Yamtuan Raden, Lukut, Port Dickson, berlangsungnya Pertandingan Kuiz Sejarah Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan 2011. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk menimbulkan kesedaran, minat dan penghayaratan di kalangan pelajar terhadap sejarah Malaysia. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar. Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 pusingan. Pusingan awal ialah ujian bertulis di mana keempat-empat peserta diminta menjawab soalan berbentuk objektif sebanyak 50 soalan dalam masa 1 jam. Pusingan akhir pula menyaksikan hanya 4 buah sekolah terbaik sahaja yang terpilih untuk mewakili daerah dan akan meneruskan perjuangan dalam kuiz secara lisan.

     Kejayaan awal ditempa oleh pasukan SDAR apabila berjaya memasuki peringkat akhir dengan diangkat sebagai wakil daerah Seremban. Mengikuti SDAR ke peringkat akhir ialah SM Sains Tuanku Jaafar (daerah Kuala Pilah) yang merupakan naib johan pada tahun 2010, SM Tinggi Port Dickson (daerah Port Dickson) dan SM Undang Rembau (daerah Rembau). Pasukan SDAR diwakili oleh ;
1.  Mohamad Amin Bin Kamaruddin
2.  Amir Ubaidah Bin Mohd Zaki
3.  Muhammad Zalfadhli Bin Aidi
4.  Mohamad Iqbal Iman Bin Zakaria

     Setelah bersaing sengit antara keempat-empat pasukan, akhirnya juara kuiz sejarah 2011 dipegang oleh SM Sains Tuanku Jaafar manakala SDAR sebagai naib johan. Tempat ke-3 jatuh ke tangan SM Undang Rembau manakala tempat ke-4 dimiliki oleh SM Tinggi Port Dickson. Walaupun SDAR sebagai Naib Johan, ini merupakan pencapaian SDAR yang paling tinggi dalam pertandingan kuiz sejarah peringkat negeri. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pn Salmiah yang bersama-sama menyediakan pelajar SDAR dalam memastikan pelajar-pelajar ini bersedia. Tidak lupa juga kepada Pn Fatimah (Ketua Panitia Sejarah) juga guru SPBT yang meminjamkan buku-buku teks tingkatan 1 - 5 kepada pelajar untuk rujukan mereka. Kepada keempat-empat peserta, tidak sia-sia usaha yang dibuat kerana jika kita bersungguh-sungguh, insyaallah kejayaan akan menghampiri kita. Dengan kejayaan SDAR ini akan menyuntik semangat kepada guru dan pelajar untuk memastikan SDAR akan mendapat tempat pertama pada tahun 2012 nanti. InsyaAllah.

Naib Johan : SDAR
Hadiah kemenangan :
1.  Sijil
2.  Wang RM 500.00


kejayaan diraikan bersama

Peserta ketika menunggu bermulanya kuiz sejarah

Sdarian di kalangan peserta-peserta lain

Pusingan awal - Ujian bertulis

Antara tetamu utama yang hadir ketika Kuiz Peringkat Akhir dijalankan

Para juri yang diketuai oleh Tn Hj Misan dari Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

Kedudukan peserta di atas pentas ketika pusingan akhir kuiz sejarah

Peserta SDAR yang nampak serius ketika menjawab soalan

Add caption

Pn Salmiah bersama peserta ketika menunggu majlis penyampaian hadiah. Tahniah !

Bersedia untuk naik ke pentas. Mesti jaga imej SDAR!

Saturday, July 23, 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2010

Pemenang dan guru bergambar dengan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

23 Julai 2011, hari ini merupakan hari yang amat membanggakan bagi panitia Sejarah apabila berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2010 bertempat di Wisma Sejarah, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y. Bhg. Lt. Jen. (B) Datuk Abdullah Samsudin yang merupakan Ahli Majlis Persatuan Sejarah Malaysia. Malah kegembiraan ini juga lebih bermakna apabila Pengetua Cemerlang SDAR, Tn Hj Zakaria Md Zin turut bersama hadir di dalam majlis tersebut sebagai sokongan kepada guru dan pelajar. Penyertaan pada kali ini telah memperlihatkan kehebatan SDAR. SDAR telah menghantar 4 pasukan yang terdiri daripada 2 pasukan menengah atas dan 2 pasukan menengah rendah. Daripada 4 pasukan tersebut 3 pasukan telah mendapat tempat dalam pertandingan tersebut. Butiran senarai pemenang mengikut kategori dapat dilihat di bawah :

Kategori Menengah Atas :

Pemenang Tempat Ke-2 :

Tajuk karya : 
Tembakau dan Kenaf : Berevolusi Bersama Misi

1.  Danial Ilman Muhammad Hasni
2.  Muhammad Azrul Hadi Ghazali
3.  Muhammad Harithah Zulkafli
Guru pembimbing : Pn Salmiah Binti Mohd Ali
Hadiah : Sijil, plak, wang RM1750.00

Sagu hati :

Tajuk karya : 
Transformasi RIDA ke MARA : Prospek Integriti Bangsa

1.  Muhammad Syukri Abdul Halim
2.  Muhammd Aizat Ahmad Syukri
3.  Muhammad Hamizzuddin Roslan
Guru pembimbing : Pn Hasmahan Binti Abd Rahman
Hadiah : Sijil, wang RM200.00

Kategori Menengah Rendah :

Tajuk karya : 
RTM Negeri Sembilan : Inovasi ke Arah Memartabatkan Penyiaran Bertaraf Tinggi

1.  Megat Muhammad Nadzrin Norizan
2   Muhamad Faizuan Aminuddin
3.  Amir Fareed Ahmad Khairuddin
Guru pembimbing : Pn Hasmahan Binti Abdul Rahman
Hadiah : Sijil, plak, wang RM1000.00

Diharapkan dengan kemenangan ini terus membakar semangat guru dan juga peserta tahun ini untuk terus menghasilkan karya penulisan ilmiah yang baik supaya kecemerlangan SDAR akan terus mendapat pengiktirafan di peringkatan kebangsaan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada  Tuan Pengetua Cemerlang SDAR, Tn Hj Zakaria Bin Md Zin yang banyak memberi sokongan dalam memberi galakan kepada pelajar SDAR dalam penulisan sejarah. Juga kepada semua guru-guru dan staff SDAR yang lain yang banyak memberi sokongan kepada guru dan peserta dalam menyiapkan penulisan ini. Semoga karya tahun ini akan terus mengangkat nama SDAR dalam penulisan Sejarah Malaysia.  " TERBILANG TRADISI KAMI "
Danial Ilman, Azrul Hadi, Harithah dan Pn Salmiah

Pn Hasmahan, Faizuan, Amir Fareed dan Megat

Pemenang tempat ke-2
Kategori Menengah Atas
)

Kehadiran Pengetua Cemerlang SDAR, Tn Hj Zakaria Md Zin 


Kegembiraan jelas terpancar. Megat seang menerima hadiah daripada Y. Bhg. Lt. Jen (B) Datuk Abdullah Samsudin

Ketika menunggu bermulanya majlis penyampaian hadiah

Sempat lagi Azrul Hadi bergambar selepas menerima hadiah

Pemenang  beramah mesra dengan Dato Hj Rohani dan Hjh Siti Zaleha dari PSM Negeri Sembilan
Turut bersama Tn Hj Zakaria Md Zin (Pengetua Cemerlang SDAR)