Kepada pelajar SDAR, Selamat memulakan alam persekolahan bagi tahun 2012. Harap kalian semua akan terus berusaha untuk memajukan diri masing-masing. Cikgu akan sentiasa berada di sisi dalam membimbing dan mendoakan kejayaan kamu semua.
Saturday, December 31, 2011
Selamat tahun baru & Selamat memulakan alam persekolahan sesi 2012
Kepada semua warga SDAR, Panitia Sejarah ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 dan SELAMAT MEMULAKAN ALAM PERSEKOLAHAN BARU SESI 2012. Semoga tahun ini akan menaikkan lagi semangat kita untuk mendidik anak-anak SDAR mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Friday, December 23, 2011
PMR SDAR MENINGKAT....
22 September 2011 menyaksikan kegembiraan semua warga SDAR apabila mengetahui keputusan PMR SDAR melonjak naik. Semua subjek meningkat secara keseluruhannya dengan gred min 1.02. Terdapat 4 subjek yang mendapat semua A iaitu Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup, Sains dan Matematik. Subjek yang lain termasuk Sejarah walaupun agak terkilan kerana tidak semua mendapat semua A, tapi masih bersyukur kerana turut melonjak naik. Hanya 3 orang pelajar yang tidak mendapat A dan masing-masing mendapat B.
Namun ini tidak akan mematahkan kami sebagai pendidik SDAR untuk berhenti setakat ini sahaja. Perjalanan masih jauh dan PMR 2012 sedang menunggu untuk dikerah keringat untuk menambahbaik program yang sedia ada dan memastikan semua A dalam Sejarah PMR tercapai. Kepada semua pelajar tingkatan 3 2012, siapkan minda anda... perjuangan semakin dekat... Semoga tahun 2012 akan membawa semangat baru kepada semua guru dan pelajar SDAR dalam meningkatkan kecemerlangan masing-masing.
Debaran menunggu keputusan... |
Keluarga yang turut berdebar menunggu keputusan anak tersayang |
Penyerahan keputusan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Zakaria B Md Zin di atas pentas |
Kegembiraan dikongsi satu keluarga |
Saat bahagia... |
Sunday, December 18, 2011
Sedar tidak sedar, di ambang akhir 2011
Kesibukan dengan tugasan yang ada tidak terasa cuti hujung tahun ni. Bermula persekolah baru. 27 Disember 2011 adalah adalah mesyuarat pertama persekolahan. Semoga dengan kedatangan tahun 2012 akan menaikkan lagi semangat kita untuk terus mendidik anak-anak SDAR untuk terus berjaya dalam hidup. Pelajar tingkatan 3 2011 pun makin berdebar menunggu keputusan PMR. Cikgu-cikgu pun mula rasa bahangnya jugak... Harap keputusan PMR yang diperolehi akan dapat melonjakkan nama SDAR ke tangga teratas. Amin... Kepada semua pelajar tingkatan 3, Selamat Berjaya dan sentiasalah berdoa untuk kejayaan kalian semua. Untuk pelajar tingkatan 5 2011 yang baru habis peperiksaan SPM, usaha telah dilakukan, jawapan telah diberikan, yang tinggal berdoa supaya mendapat keputusan yang baik dan akhir sekali, tawakal kepada -Nya... InsyaAllah, cikgu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian semua.... Harap A dan A+ akan menyinari di ruang udara SDAR semasa keluarnya keputusan PMR dan SPM nanti... Selamat berjaya.... Ikhlas dari saya, Cg Hasmahan.
Friday, November 4, 2011
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SDAR 2011
3 November 2011 (Khamis), Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SDAR 2011 telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak. Tetamu Kehormat majlis ini ialah Y.B. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek. Majlis ini bermula pada pukul 3.00 petang. Namun seawal pagi lagi, lobi dan Dewan SDAR sudah sibuk dengan persiapan akhir sebelum majlis bermula. Di bahagian lobi pula, telah diadakan pameran-pameran dari agensi luar dan pasukan-pasukan yang telah memenangi pertandingan di peringkat negeri dan antarabangsa. Antara pasukan yang terlibat ialah dari pasukan esei sejarah Malaysia, pasukan Ragbi, Pasukan F1, Pasukan Pengakap, Pasukan Bola Keranjang, Pasukan Memanah, Pasukan Wind Orchestra, Pasukan Debat BM dan Pasukan Debat BM. Dari agensi luar terdiri daripada Jabatan Bomba dan Agensi Dadah.
Pasukan esei sejarah telah diberikan tanggungjawab dan kepercayaan oleh pihak sekolah untuk mempamerkan kecemerlangan bersama-sama pasukan gah yang lain. Alhamdullilah, hasil sentuhan tangan dan idea Pn Salmiah dan Pn Hasmahan, booth sejarah dapat disiapkan sebelum majlis dan booth sejarah turut dikunjungi Y.B. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek. Azrul Hadi telah dipertanggungjawabkan menerangkan kepada Dato' Sri tentang kecemerlangan pasukan esei sejarah.
Selepas melawat booth, YB Dato' Sri terus menuju ke Gimnasium SDAR untuk perasmian Gimnasium SDAR dan seterusnya menuju ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SDAR di dalam dewan Tun Abdul Razak. Dalam majlis tersebut, Pn Hasmahan Binti Abd Rahman dan Pn Salmiah Bt Mohd Ali telah menerima Anugerah Guru Terbilang Kokurikulum hasil daripada kejayaan pasukan esei Sejarah. Dengan kecemerlangan ini, diharapkan esei tahun 2011 yang baru sahaja dihantar bulan September (Negeri) dan Oktober(Kebangsaan) akan memperolehi kejayaan. Amin....
Booth Sejarah sebelum tengah hari |
Pn Hasmahan sempat bergambar di hadapan booth |
Keadaan Booth siap sepenuhnya setelah pukul 3.00 petang |
Aizat dan Afif yang membantu menjaga booth sejarah |
Pn Hasmahan dan Azrul Hadi di hadapan booth |
Azrul Hadi sedang memberi penerangan kepada Y.B. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia |
Thursday, October 27, 2011
KESIBUKAN MENYIAPKAN ESEI SEJARAH 2011
Tarikh tutup Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2011 pada 28 Oktober 2011. Jadi dalam bulan Oktober ini ternyata agak memenatkan kerana bimbingan yang berterusan diperlukan untuk memastikan pelajar SDAR dapat menyiapkan esei yang memenuhi semua kriteria yang dikehendaki, berkualiti dan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Peserta pertandingan ini telah didedahkan dengan lebih mendalam tentang teknik dan cara penulisan sejarah yang betul.
Saturday, October 22, 2011
Bengkel Seronoknya Sejarah
22 Oktober 2011 (Sabtu), Satu bengkel untuk pelajar tingkatan 2 telah diadakan oleh Panitia Sejarah bagi memastikan kecemerlangan pelajar ini dalam penilaian menengah rendah 2012. Bengkel ini diadakan pada pukul 8.00 - 10.00 malam dengan menjemput seorang guru yang berpengalaman dan tidak asing lagi bagi daerah Seremban iaitu En Jamri dari SMK Seremban Jaya 2. Dengan adanya bengkel ini diharapkan pelajar akan lebih memahami kaedah dan bagaimana menjadikan sejarah sebagai satu pelajaran yang menyeronokkan.
Gambar sepanjang bengkel ini dijalankan :
Jalinan SDAR - Muzium Lukut (Kunjungan ke-3)
Pn Hasmahan menyampaikan cenderamata SDAR ke En Rosiswandy sebagai penghargaan kepada Muzium Lukut |
22 November 2011 (Sabtu), satu kunjungan ke muzium Lukut telah dilaksanakan oleh SDAR dengan guru pembimbing, Pn Hasmahan yang telah membawa peserta Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia untuk menemuramah En Rosiswandy Mohd Salleh dan melawat sendiri tapak kajian tersebut. Ahamdulillah, kunjungan yang memang dirancang dan ditunggu oleh pihak muzium telah berjaya dilaksanakan. Malah kunjungan tahun ini merupakan titik tolak kepada terjalinnya satu jalinan program dengan pihak Muzium Lukut, Port Dickson pada tahun yang akan datang. Banyak maklumat yang diperolehi oleh pelajar sepanjang berada di muzium ini dan kunjungan ini juga akan membuatkan pelajar lebih memahami sejarah yang dikaji. Diharapkan dengan maklumat dan kefahaman yang diperolehi, diharapkan pelajar-pelajar ini dapat menghasilkan sebuah karya yang berkualiti dan mendapat tempat dalam pertandingan penulisan esei sejarah Malaysia 2011 anjuran Persatuan Sejarah Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Gambar di sekitar kunjungan ini :
9.00 pg - 10.40 pg
Temubual dengan En Rosiswandy Bin Mohd Salleh, Penolong Kurator Muzium Lukut
En Rosiswandy yang banyak memberi maklymat kepada pelajar |
Antara penyelidik muda SDAR |
Hubungan dua hala antara SDAR -MUZIUM LUKUT |
Pn Hasmahan yang turut bersama dalam sesi temu bual ini |
Contoh lantai istana Raja Jumaat yang ditunjukkan oleh En Rosiswandy kepada penyelidik muda yang berada dalam simpanannya |
Penyelidik muda bergambar setelah melihat secara dekat lantai istana Raja Jumaat |
Penyelidik muda bersama En Rosiswandy |
10.40 - 11.20 pg
Tapak istana Raja Jumaat di Kota Lukut :
Pintu masuk ke Kota Lukut |
Bergambar kenangan |
Parit yang terdapat di sekeliling istana Raja Jumaat sebagai pertahanan Kota Lukut |
Tinggalan sejarah : Kolah yang digunakan pada zaman dahulu |
Tinggalan sejarah : Tinggalan lantai istana Raja Jumaat |
Bergambar dengan kawasan sekeliling |
Tangga yang dibina untuk ke Perigi Raja |
Tinggalan sejarah : Perigi Raja |
Menara rehat yang dibina di atas Kota Lukut |
Bergambar kenangan di atas menara rehat Kota Lukut |
Gambar dari atas menara rehat Kota Lukut |
Di bahagian belakang Kota Lukut yang disambung dengan Muzium Lukut di bahagian bawah dengan tangga |
Anak Pn Hasmahan, Hanis Qistina bergambar di tangga yang dinyatakan di atas. |
Melawat Galeri Muzium Lukut yang berada di bahagian belakang Kota Lukut
Pameran tinggalan sejarah semasa pemerintahan Raja Busu hinggalah kepada Raja Bot |
Bekas yang digunakan untuk perlombongan bijih timah. |
Antara peralatan lombong yang digunakan pada masa dahulu |
Contoh mata wang yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional dahulu. (Mata wang bentuk buaya) |
Muzium Lukut, Port Dickson Seni bina Muzium Lukut adalah replika seni bina istana Raja Jumaat |
Subscribe to:
Posts (Atom)