Friday, November 4, 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SDAR 2011

3 November 2011 (Khamis), Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SDAR 2011 telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak. Tetamu Kehormat majlis ini ialah Y.B. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek. Majlis ini bermula pada pukul 3.00 petang. Namun seawal pagi lagi, lobi  dan Dewan SDAR sudah sibuk dengan persiapan akhir sebelum majlis bermula. Di bahagian lobi pula, telah diadakan pameran-pameran dari agensi luar dan pasukan-pasukan yang telah memenangi pertandingan di peringkat negeri dan antarabangsa. Antara pasukan yang terlibat ialah dari pasukan esei sejarah Malaysia, pasukan Ragbi, Pasukan F1, Pasukan Pengakap, Pasukan Bola Keranjang, Pasukan Memanah, Pasukan Wind Orchestra, Pasukan Debat BM dan Pasukan Debat BM. Dari agensi luar terdiri daripada Jabatan Bomba dan Agensi Dadah.

Pasukan esei sejarah telah diberikan tanggungjawab dan kepercayaan oleh pihak sekolah untuk mempamerkan kecemerlangan bersama-sama pasukan gah yang lain. Alhamdullilah, hasil sentuhan tangan dan idea Pn Salmiah dan Pn Hasmahan, booth sejarah dapat disiapkan sebelum majlis dan booth sejarah turut dikunjungi Y.B. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek. Azrul Hadi telah dipertanggungjawabkan menerangkan kepada Dato' Sri tentang kecemerlangan pasukan esei sejarah. 

Selepas melawat booth, YB Dato' Sri terus menuju ke Gimnasium SDAR untuk perasmian Gimnasium SDAR dan seterusnya menuju ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SDAR di dalam dewan Tun Abdul Razak. Dalam majlis tersebut, Pn Hasmahan Binti Abd Rahman dan Pn Salmiah Bt Mohd Ali telah menerima Anugerah Guru Terbilang Kokurikulum hasil daripada kejayaan pasukan esei Sejarah. Dengan kecemerlangan ini, diharapkan esei tahun 2011 yang baru sahaja dihantar bulan September (Negeri) dan Oktober(Kebangsaan) akan memperolehi kejayaan. Amin....

Booth Sejarah sebelum tengah hari

Pn Hasmahan sempat bergambar di hadapan booth


Keadaan Booth siap sepenuhnya setelah pukul 3.00 petang

Aizat dan Afif yang membantu menjaga booth sejarah


Pn Hasmahan dan Azrul Hadi di hadapan booth

Azrul Hadi sedang memberi penerangan kepada Y.B. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia




No comments:

Post a Comment