21 Mac 2012 (Rabu), keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 telah diumumkan. Majlis penyampaian slip peperiksaan diadakan di Dewan Tun Abdul Razak dan alhamdulillah keputusan amat memberangsangkan kerana hampir keseluruhan subjek meningkat. Bagi subjek Sejarah sendiri, hanya 3 orang pelajar sahaja yang mendapat Bt manakala yang lain semuanya mendapat A. Keputusan lengkap akan dipaparkan kelak. Walau bagaimanapun, Panitia Sejarah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan kali ini. Diharapkan ini akan menaikkan semangat semua guru dan calon SPM tahun 2012 ini untuk berusaha memartabatkan lagi Sekolah Dato' Abdul Razak sebagai sebuah institusi pendidikan yang unggul.
Wednesday, March 21, 2012
Friday, March 9, 2012
KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012
Kepada semua calon PMR 2012, tajuk kerja kursus Sejarah PMR bagi tahun 2012 dapat dirujuk dalam Blog Panitia Sejarah SDAR. Diharapkan dengan maklumat ini akan memudahkan pelajar mendapat maklumat dan mula melakukan penyelidikan tentang tajuk yang akan dipilih kelak.
Tugasan Kerja Kursus Sejarah 2012 ialah :
Tugasan 1 :
Anda ditugaskan untuk membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :
(i) Makanan
(ii) Pakaian
(iii) Kraftangan
(iv) Pertukangan (kerja kayu atau kerja logam)
Tugasan 2 :
Tulis esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimana slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?
Sila rujuk KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012 yang telah dimasukkan di dalam blog ini atau boleh merujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan klik di sini untuk maklumat lanjut.
Selamat Bercuti kepada semua warga SDAR...
Selamat bercuti kepada semua warga SDAR... Kepada warga guru, diharapkan mendapat cuti yang berkualiti dan akan hadir ke sekolah dengan semangat yang makin memuncak untuk mempertahankan kecemerlangan kita. Kepada sdarian... moga cuti anda berkualiti dan jangan banyak habiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah... Panitia Sejarah mendoakan semua warga SDAR bergembira sepanjang cuti ini. Selamat bercuti, berhati-hati ketika memandu sama ada untuk makan angin atau balik kampung dan jaga kesihatan anda semua...
Saturday, February 11, 2012
Ahli Persatuan Sejarah Memasak Kuih Tradisional di Lobby SDAR
8 Februari 2012 (Rabu), Perjumpaan ke-3 persatuan telah memperlihatkan kehebatan pelajar lelaki memasak makanan tradisional. Makanan tradisional yang dipilih ialah kuih buah melaka. Aktiviti persatuan bermula 3.30 petang. Pn Hasmahan dan Pn Fatimah telah mengarahkan presiden persatuan, Zulfadhli membahagikan ahli kepada beberapa kumpulan kecil. Kemudiannya, Pn Hasmahan telah membuat sesi tunjuk cara bagaimana hendak membuat kuih buah melaka kepada pelajar. Setelah selesai, setiap kumpulan mula mengambil bahan-bahan yang diperlukan dan mula menunjukkan skil masing-masing. Diharapkan aktiviti ini akan dapat mengeratkan hubungan ahli-ahli persatuan dan dapat memperkenalkan makanan tradisional ini kepada generasi y ini.
Gambar sepanjang aktiviti dijalankan
Gambar sepanjang aktiviti dijalankan
Pn Hasmahan sedang menunjukkan cara membuat kuih buah melaka kepada pelajar |
Suasana di mana pelajar sedang memasak kuih buah melaka |
![]() |
Uli betul-betul tepung tu.... |
![]() |
Pn Fatimah sedang membantu pelajar |
![]() |
Penolong Kanan SDAR, Tn Hj Sahak Ahmadun sedang mencuba hasil air tangan pelajar SDAR |
Nikmatnya Tn Hj Sahak merasa kuih tu..., Pn Zainah (PK Kokurikulum) turut bersama merasai kuih pelajar ini |
![]() |
S/u Kokurikulum, En Azimi (kanan) turut merasai kuih ini. |
Friday, January 27, 2012
Lawatan Persatuan Sejarah SDAR ke Muzium Negeri (Pameran Tortura)
25 Januari 2012 (Rabu), satu lawatan telah diadakan ke Muzium Negeri untuk menyaksikan khazanah-khazanah berharga yang terdapat di Negeri Sembilan pameran alat seksaan yang digunakan di Eropah. Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti persatuan untuk mengenali sejarah tanah air dan juga luar. Seramai 43 orang ahli Persatuan Sejarah mengikuti lawatan ini. Diharapkan dengan adanya lawatan ini akan membuka minda pelajar SDAR tentang sejarah negara dan menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Lawatan : Ahli Persatuan Sejarah sedang menaiki bas untuk ke Muzium Negeri, Seremban |
Presiden Persatuan Sejarah, Zulfadhli Aidi |
Hicom Persatuan Sejarah |
Pn Hasmahan memberi taklimat kepada pelajar |
Inilah dia budak SDAR! |
Barangan yang diletakkan di luar bilik pameran |
Sebahagian peralatan seksaan yang dipamerkan |
2 orang model dari Persatuan Sejarah... Fazrin macam model air minuman sahaja |
Inilah barisan ahli persatuan yang turut sama dalam lawatan ini |
Bangunan Muzium Negeri, Seremban |
Barangan dalam pameran ini |
Subscribe to:
Posts (Atom)