Thursday, May 24, 2012

LATIHAN UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5 SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL II

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 SDAR 


LATIHAN PENGUASAAN SOALAN KBKK


BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

1.   Pada pandangan anda, mengapakah sikap toleransi seperti dalam  Pakatan Murni penting kepada negara kita yang mempunyai rakyat pelbagai kaum? (5 markah)

2.   Bagaimanakah tolak ansur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia boleh membantu negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan? (5 markah)

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

1.   Penubuhan Malaysia memperlihatkan kematangan pemimpin kita melihat masa depan. Pada pandangan anda, mengapakah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia memberi banyak faedah kepada rakyat negeri tersebut? (5 markah)

2.   Apakah iktibar yang boleh diambil daripada tentangan negara luar iaitu Indonesia dan Filipina dalam usaha menubuhkan Malaysia?  (5 markah)

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA


1.   Berdasarkan pemerhatian anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada rakyat pelbagai kaum di Malaysia?  (5 markah)

2.   Pada pandangan anda, mengapakah sistem Raja Berperlembagaan masih relevan dan penting kepada negara Malaysia?  (5 markah)
     

3.   Pada pendapat anda, mengapakah lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan perlu dihormati dan dipelihara?  (5 markah)

4.   Pada pandangan anda, mengapakah hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri amat penting?  (5 markah)


Arahan 
1.  Sila siapkan soalan kbkk ini dalam bentuk esei. 
2.  Jawapan hendaklah ditaip dalam microsoft word dan dihantar ke email cikgu untuk semakan.
3.  Hantar jawapan yang telah siap ke email ini :
     ahasmahan@gmail.com
     Huatima77@yahoo.com
     Salmiah_mohdali@yahoo.com 

# Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn Hasmahan, Pn Fatimah dan Pn Salmiah






Wednesday, May 23, 2012

SAMBUTAN HARI GURU DAN MAJLIS PERPISAHAN EN AZIMI BIN MD ZIN

Semua cikgu SDAR wajib pakai pin ini... dari pelajar SDAR

23 Januari 2013(Rabu), Majlis Sambutan Hari Guru diadakan di peringkat sekolah. Semua persiapan majlis dilaksanakan oleh pelajar SDAR sendiri di mana diketuai oleh pelajar tingkatan 5. Tema telah ditetapkan kepada guru iaitu "Blackroses". Jadi hari ini, semua guru SDAR mengenakan tema baju yang berwarna merah dan hitam. Semangat yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menjayakan majlis ini menyebabkan semua guru SDAR berusaha mencari baju dan memakai baju mengikut warna tema.... Permulaan majlis dimulakan apabila setiap guru telah diberikan pasangan masing-masing yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan diiringi masuk ke dalam dewan. Persembahan pelajar juga memikat hati cikgu apabila montajnya seperti melihat drama di tv. Superb! Selesai majlis di Dewan Tun Abdul Razak, guru diberi masa untuk menukar baju masing-masing untuk acara 'outdoor' pula dengan mengadakan explorace. Idea kreatif pelajar membuatkan guru-guru SDAR sentiasa ceria sepanjang perjalanan berlangsung.... Kenangan inilah yang akan dikenang dan diingat sampai bila-bila. 'Brilliant idea'! Teachers love it!!!
Antara guru-guru perempuan SDAR

Persembahan pelajar SDAR

23 Mei 2012(Rabu), 2.00 petang bermulalah majlis untuk Cikgu Azimi Bin Md Zin....
Sesungguhnya warga SDAR merasakan satu kehilangan yang amat sangat apabila Cikgu Azimi tidak lagi berkhidmat di SDAR dan menyambung tugasnya di SMS Batu Pahat.... Bagi panitia Sejarah sendiri amat merasai kehilangannya kerana Cikgu Azimi yang lebih mesra dipanggil Jimi di kalangan rakan sejawat sentiasa bersama dengan panitia sejarah dalam menjalankan program kemanusiaan... Walaupun Cikgu Azimi mengajar Geografi (KP Geografi) namun perbincangan sentiasa diadakan dengan panitia Sejarah.
yang diraikan... En Azimi B Md Zin

Ucapan perpisahan dan amanat kepada rakan sejawat dan pelajar SDAR

Persembahan pelajar

Bergambar kenangan bersama Jimi dan Kak Zalita
(insyaallah... nanti kita buat program jaringan yer jimi...)

Monday, May 14, 2012

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Kepada semua pelajar SDAR... selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Semoga memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan ini. Form 5... ingat akan straight At anda! kepada form 3 ingat straight A's, kepada form 1,2 dan 4...ini bukan bulan untuk bersuka ria dan jangan  ambil semua perkara itu mudah...  Cikgu doakan kejayaan kalian... Amin....



Thursday, May 3, 2012

Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2012

                                                http://www.psm.org.my/laman_utama.htm

Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2012 telah dikeluarkan di dalam laman web rasmi Persatuan Sejarah Malaysia.  Pemilihan pelajar juga sedang dilakukan memandangkan ada permintaan yang melebihi bilangan yang ditetapkan dalam pertandingan ini. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan pemerhatian guru, kesungguhan dan minat pelajar dalam penulisan sejarah ini. Seramai 6 orang pelajar akan dipilih untuk mewakili 2 kumpulan kategori menengah rendah dan 6 kumpulan lagi untuk mewakili 2 kumpulan kategori menengah atas. Kesemuanya berjumlah 12 orang yang akan dipilih. Diharapkan pemilihan akan berjalan lancar.


-Pn Hasmahan-