Thursday, October 27, 2011

KESIBUKAN MENYIAPKAN ESEI SEJARAH 2011

Tarikh tutup Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2011 pada 28 Oktober 2011. Jadi dalam bulan Oktober ini ternyata agak memenatkan kerana bimbingan yang berterusan diperlukan untuk memastikan pelajar SDAR dapat menyiapkan esei yang memenuhi semua kriteria yang dikehendaki, berkualiti dan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Peserta pertandingan ini telah didedahkan dengan lebih mendalam tentang teknik dan cara penulisan sejarah yang betul.




Saturday, October 22, 2011

Bengkel Seronoknya Sejarah


22 Oktober 2011 (Sabtu), Satu bengkel untuk pelajar tingkatan 2 telah diadakan oleh Panitia Sejarah bagi memastikan kecemerlangan pelajar ini dalam penilaian menengah rendah 2012. Bengkel ini diadakan pada pukul 8.00 - 10.00 malam dengan menjemput seorang guru yang berpengalaman dan tidak asing lagi bagi daerah Seremban iaitu En Jamri dari SMK Seremban Jaya 2. Dengan adanya bengkel ini diharapkan pelajar akan lebih memahami kaedah dan bagaimana menjadikan sejarah sebagai satu pelajaran yang menyeronokkan.

Gambar sepanjang bengkel ini dijalankan :








Jalinan SDAR - Muzium Lukut (Kunjungan ke-3)

Pn Hasmahan menyampaikan cenderamata SDAR ke En Rosiswandy sebagai penghargaan kepada Muzium Lukut

22 November 2011 (Sabtu), satu kunjungan ke muzium Lukut telah dilaksanakan oleh SDAR dengan guru pembimbing, Pn Hasmahan yang telah membawa peserta Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia untuk menemuramah En Rosiswandy Mohd Salleh dan melawat sendiri tapak kajian tersebut. Ahamdulillah, kunjungan yang memang dirancang dan ditunggu oleh pihak muzium telah berjaya dilaksanakan. Malah kunjungan tahun ini merupakan titik tolak kepada terjalinnya satu jalinan program dengan pihak Muzium Lukut, Port Dickson pada tahun yang akan datang. Banyak maklumat yang diperolehi oleh pelajar sepanjang berada di muzium ini dan kunjungan ini juga akan membuatkan pelajar lebih memahami sejarah yang dikaji. Diharapkan dengan maklumat dan kefahaman yang diperolehi, diharapkan pelajar-pelajar ini dapat menghasilkan sebuah karya yang berkualiti dan mendapat tempat dalam pertandingan penulisan esei sejarah Malaysia 2011 anjuran Persatuan Sejarah Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Gambar di sekitar kunjungan ini :

9.00 pg - 10.40 pg
Temubual dengan En Rosiswandy Bin Mohd Salleh, Penolong Kurator Muzium Lukut

En Rosiswandy yang banyak memberi maklymat kepada pelajar

Antara penyelidik muda SDAR 

Hubungan dua hala antara SDAR -MUZIUM LUKUT


Pn Hasmahan yang turut bersama dalam sesi temu bual ini

Contoh lantai istana Raja Jumaat yang ditunjukkan oleh En Rosiswandy kepada penyelidik muda  yang berada dalam simpanannya


Penyelidik muda bergambar setelah melihat secara dekat lantai istana Raja Jumaat 

Penyelidik muda bersama En Rosiswandy

10.40 - 11.20 pg
Tapak istana Raja Jumaat di Kota Lukut :

Pintu masuk ke Kota Lukut

Bergambar kenangan

Parit yang terdapat di sekeliling istana Raja Jumaat sebagai pertahanan  Kota Lukut

Tinggalan sejarah : Kolah yang digunakan pada zaman dahulu

Tinggalan sejarah : Tinggalan lantai istana Raja Jumaat

Bergambar dengan kawasan sekeliling 

Tangga yang dibina untuk ke Perigi Raja

Tinggalan sejarah : Perigi Raja


Menara rehat  yang dibina di atas Kota Lukut 

Bergambar kenangan di atas menara rehat Kota Lukut

Gambar dari atas menara rehat Kota Lukut

Di bahagian belakang Kota Lukut yang disambung dengan Muzium Lukut di bahagian bawah dengan tangga  

Anak Pn Hasmahan, Hanis Qistina  bergambar di tangga yang dinyatakan di atas.
11.20 - 12.00 tengah hari
Melawat Galeri Muzium Lukut yang berada di bahagian belakang Kota Lukut

Pameran tinggalan sejarah semasa pemerintahan Raja Busu hinggalah kepada Raja Bot


Bekas yang digunakan untuk perlombongan bijih timah.

Antara peralatan lombong yang digunakan pada masa dahulu

Contoh mata wang yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional dahulu. (Mata wang bentuk buaya)

Muzium Lukut, Port  Dickson
Seni bina Muzium Lukut adalah replika seni bina istana Raja Jumaat
~ Pn Hasmahan ~

Sunday, October 16, 2011

Tragedi Oktober : Peserta Penulisan Esei Sejarah Terselamat Nahas Kemalangan

17 Oktober 2011 (Isnin), lawatan ke Arkib Negara, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan kerana van yang dinaiki oleh Pn Hasmahan dan empat orang pelajar penulisan esei sejarah iaitu Hafiz, Syahmi, Amirul Faiz dan Aizat terlibat dalam kemalangan di Jalan Seremban-Tampin (Taman Bukit Emas, berhadapan dengan Restoran Doll Tomyam).  Ketika kejadian van SDAR sedang berhenti di hadapan lampu isyarat bersama-sama dengan kereta yang lain. Tiba-tiba terdengar dentuman dari arah hadapan dan kelihatan  sebuah kereta yang dipandu laju telah terbabas dan melanggar deretan kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat tersebut. Van SDAR berada di belakang beberapa buah kereta turut terlibat dalam kemalangan itu apabila kereta Avanza di hadapannya telah dihempap dan menyebabkan kereta itu bergerak ke belakang melanggar hadapan van SDAR. Tergamam dan kelu ketika meyaksikan kejadian yang berlaku di hadapan mata itu. Hanya kesyukuran yang keluar dari mulut apabila melihat semua orang dalam van selamat. Apabila keluar dari van, kelihatan orang ramai menyelamat mangsa yang  masih berada di dalam kereta. Pengetua SDAR, Tn Hj Zakaria B Md Zin dan Penyelia asrama, Pn Khalijah  turut datang melihat tempat kejadian dan memastikan semua orang berada dalam keadaan baik  Alhamdulillah, semuanya selamat. Diharapkan pengalaman ini menjadi iktibar kepada semua pihak Namun, kejadian ini tidak mematahkan semangat pasukan esei sejarah untuk meneruskan pencarian bahan untuk menghasilkan penulisan sejarah yang berkualiti dan mendapat tempat di peringkat kebangsaan. Malah ini dijadikan pembakar semangat kami semua.







Van SDAR yang kemek di bahagian hadapan









Tenangkan diri di sebuah kedai makan sekitar Seremban Jaya


~ Pn Hasmahan~