Sunday, October 16, 2011

Tragedi Oktober : Peserta Penulisan Esei Sejarah Terselamat Nahas Kemalangan

17 Oktober 2011 (Isnin), lawatan ke Arkib Negara, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan kerana van yang dinaiki oleh Pn Hasmahan dan empat orang pelajar penulisan esei sejarah iaitu Hafiz, Syahmi, Amirul Faiz dan Aizat terlibat dalam kemalangan di Jalan Seremban-Tampin (Taman Bukit Emas, berhadapan dengan Restoran Doll Tomyam).  Ketika kejadian van SDAR sedang berhenti di hadapan lampu isyarat bersama-sama dengan kereta yang lain. Tiba-tiba terdengar dentuman dari arah hadapan dan kelihatan  sebuah kereta yang dipandu laju telah terbabas dan melanggar deretan kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat tersebut. Van SDAR berada di belakang beberapa buah kereta turut terlibat dalam kemalangan itu apabila kereta Avanza di hadapannya telah dihempap dan menyebabkan kereta itu bergerak ke belakang melanggar hadapan van SDAR. Tergamam dan kelu ketika meyaksikan kejadian yang berlaku di hadapan mata itu. Hanya kesyukuran yang keluar dari mulut apabila melihat semua orang dalam van selamat. Apabila keluar dari van, kelihatan orang ramai menyelamat mangsa yang  masih berada di dalam kereta. Pengetua SDAR, Tn Hj Zakaria B Md Zin dan Penyelia asrama, Pn Khalijah  turut datang melihat tempat kejadian dan memastikan semua orang berada dalam keadaan baik  Alhamdulillah, semuanya selamat. Diharapkan pengalaman ini menjadi iktibar kepada semua pihak Namun, kejadian ini tidak mematahkan semangat pasukan esei sejarah untuk meneruskan pencarian bahan untuk menghasilkan penulisan sejarah yang berkualiti dan mendapat tempat di peringkat kebangsaan. Malah ini dijadikan pembakar semangat kami semua.







Van SDAR yang kemek di bahagian hadapan









Tenangkan diri di sebuah kedai makan sekitar Seremban Jaya


~ Pn Hasmahan~

No comments:

Post a Comment