Tergamam dan macam tidak percaya apabila mendapat berita bahawa Zakwan sudah tidak ada lagi dan Allah lebih menyayanginya. Terpampang di dada akhbar tentang kemalangan tragis yang mengorbankan tiga beradik di Kilometer 113.6, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran Pekan Yong Peng di sini, pada jam 2.45 pagi. Dua orang adiknya turut terkorban iaitu Ahmad Zahinuddin, 18, serta Ahmad Zarif, 12, Sepanjang kenangan saya dengan Zakwan, memang seorang pelajar cerdik, baik dan disenangi oleh semua guru. Banyak kenangan dengannya. Malah saya masih lagi mengenali tulisannya. Masih terbayang tulisannya. Zakwan bersama Alias dan Azfar merupakan pasukan penulisan sejarah saya pada tahun 2008 dengan tajuk Felda : Evolusi Setengah Abad yang telah merangkul tempat pertama peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2008. Ketika itu arwah masih dalam tingkatan 4 dan semangat yang ditunjukkan oleh kumpulan ini dalam penulisan turut membakar semangat saya membimbing pasukan ini. Siapa sangka kali pertama menyertai pertandingan ini terus mendapat tempat pertama peringkat kebangsaan. Malah sejak itu, kemenangan pasukan 2008 ini yang menyuntik semangat pasukan 2009 dan 2010 untuk turut mengikuti jejak mereka. Zakwan, Alias dan Azfar merupakan perintis kepada kejayaan ini. Itu yang menyebabkan kehilangannya amat dirasai kerana setiap kali membimbing pasukan baru, nama Zakwan dan rakannya turut meniti di bibir saya. Namun kita tidak dapat menolak ketentuan takdir Ilahi. Tiada kata indah untuk dituturkan pada masa kini sekadar ucapan takziah kepada keluarga arwah. Kepada sesiapa yang mengenali arwah mahupun yang membaca post ini, marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN.
~ Pn Hasmahan ~
Kenangan sepanjang mengenali arwah:
Ketika mencari bahan dan menyiapkan karya Dari kiri : Alias, Azfar, Zakwan |
Kenangan ketika majlis penerimaan hadiah yang disempurnakan oleh YB Ahmad Puad B. Zarkashi |
Kenangan bergambar dengan Dato' Rohani |
Kenangan bergambar dengan mantan Pengetua SDAR, Dato' Abd Rahman Yeop |
No comments:
Post a Comment