14-16 September 2011 telah memberi pengalaman baru kepada pelajar dan guru-guru Sejarah SDAR apabila berjaya melaksanakan program tersebut dengan jayanya. Saya, Pn Hasmahan telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah untuk melaksanakan program ini. Dengan berbincang dengan beberapa orang guru dan saya mula merangka program ini. Alhamdulillah, segala berjalan mengikut perancangan.
Setelah senarai nama dikeluarkan, pada hari Isnin (12 September 2011/ 8.30 malam), satu taklimat telah diadakan oleh saya untuk peserta program untuk memudahkan urusan ketika program ini dilaksanakan. Seramai 6 orang guru yang turut menyertai program ini. Guru yang turut bersama dalam program ini ialah Pn Hasmahan (saya), Pn Salmiah, Pn Fatimah, Pn Nurul, En Wan Arif dan En Nordin.
Program selama 3 hari ini bermula dengan hari pertama di Kedah. Pelajar dibawa ke kampung halaman saya iaitu Kampung Teluk Wang, Sungai Petani untuk merasai suasana kampung dan makan tengah hari di kampung. Setelah solat, bas bergerak ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok untuk melihat sendiri tapak-tapak candi dan penerangan tentang sejarah di kawasan tersebut. Terima kasih kepada Pn Nurul, pegawai muzium ini yang banyak memberi penerangan kepada pelajar. Setelah selesai, kami bergerak ke SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam untuk bermalam selama dua hari. Perkongsian pintar turut diadakan antara SDAR dan SMS Tun Syed Sheh Shahabudin pada sebelah malam. Terima kasih tidak terhingga kepada Sekolah Tun Syed Sheh Shahabudin kerana memberi kebenaran kepada pihak kami untuk menumpang bermalam dan mengadakan program perkongsian pintar yang banyak memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Terima kasih juga kepada PK HEM sekolah ini iaitu Pn Engku Nor Aini yang menyambut mesra kedatangan kami dan banyak membantu sepanjang kami berada di sekolah ini.
Pada hari kedua, pelajar dibawa bersiar di Pulau Pinang dengan menaiki Jambatan Pulau Pinang dan pulang dengan menaiki feri. Antara tempat yang dikunjung pelajar ialah Bukit Bendera, Padang Kota dan Fort Cornwallis. Masa mencemburi kami apabila kami terpaksa bergegas pulang ke Seberang Perai dan menuju ke Kepala Batas untuk program Bicara tokoh di Pusat Khidmat UMNO Kepala Batas (rumah asal kediaman Perdana Menteri Malaysia ke-5, YB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi). Kami kurang bernasib baik kerana YB Tun Abdullah (dengan nama mesra rakyatnya Pak Lah) masih berada di luar negeri namun YBhg Dato' Abu Bakar Yahaya sudi menerima kami sebagai tetamu dan menyediakan beberapa orang pegawai yang akan membantu guru dan pelajar. Malah kami turut dijamu dengan makan tengah hari. Pelajar dapat melawat kawasan rumah asal Pak Lah, SMK Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas (dahulunya merupakan sekolah agama yang diasaskan oleh datuk Pak Lah iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Bin Ibrahim atau dikenali Syeikh Abdullah Fahim manakala ayah Pak Lah iaitu Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi pengetua di sekolah berkenaan). Di sini diharap pelajar SDAR akan lebih mengenali tokoh negara dengan lebih lanjut.
Pada hari ketiga, penjelajahan diteruskan lagi ke negeri Perak Darul Ridzuan. Penjelajahan pagi ke Perak dimulakan dengan singgah ke Bukit Merah Lake Town untuk program 'Say Hello to Nature'. Kemudiannya bergerak ke Kuala Kangsar untuk melihat dan mengenali warisan negeri Perak. Kunjungan berhenti di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk melihat seni bina masjid tersebut serta bersembahyang di masjid tersebut. Kemudiannya kami terus bergerak ke tempat membuat dan menjual labu sayung untuk memahami dan melihat sendiri pembuatan labu sayung. Namun, kami tidak dapat melihat sendiri pembuatan labu ini kerana pekerja bengkel berkenaan bercuti. Namun, pengusaha banyak memberi maklumat tentang pembuatan, kegunaan dan keistimewaan labu sayung. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di rumah Puan Nurul untuk minum petang di Tapah, Perak. Kami meneruskan perjalanan pulang dan sampai di SDAR pada pukul 10.00 malam.
Walaupun perjalanan menjejaki warisan ini agak meletihkan, namun banyak manfaat yang diperolehi dari program ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan untuk tahun akan datang dengan menjejaki warisan negeri-negeri lain di Malaysia. Pendedahan yang diberi kepada pelajar akan dapat memberi pengalaman dan input baru kepada pelajar tentang sejarah dan warisan negara kita.
~ Pn Hasmahan ~
|
Pelajar merasai suasana kampung
Tempat : Kampung Teluk Wang Kecil, Sungai Petani |
|
Bergambar di hadapan rumah ibu bapa Pn Hasmahan |
|
Makan tengah hari di kampung |
|
Iqmal sedang memujuk burung keluar kot |
|
Bersembahyang jemaah sebelum meneruskan perjalanan |
|
Pn Salmiah menyampaikan cenderamata kepada Pn Nurul, pegawai Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok |
|
Penerangan tentang Muzium Arkeologi Lembah Bujang dan tapak-tapak candi yang terdapat di muzium ini oleh Pn Nurul |
|
Antara maklumat dan artifak yang dipamerkan dalam muzium ini |
|
Pelajar melawat dan melihat dengan lebih dekat tapak candi yang terdapat di Lembah Bujang ini |
|
Pn Hasmahan memberi penerangan ringkas kepada pelajar tentang tapak candi ini |
|
Disambut dan dilayan dengan baik di SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam
oleh PK HEM, Pn Engku Nor Aini dan para pelajarnya |
|
Program perkongsian pintar antara SDAR dengan SMS Tun Syed Sheh Shahabudin |
|
Pn Salmiah menyampaikan cenderamata kepada pihak SMS Tun Syed Sheh Shahabudin |
|
Ketika berada di atas Jambatan Pulau Pinang |
|
Ketika berada di atas feri dari Pulau Pinang ke Butterworth |
|
Bergambar kenangan ketika sampai di Bukit Bendera |
|
Pn Fatimah sedang menggunakan tiket masuk untuk menaiki kereta kabel ke Bukit Bendera |
|
Ketika di dalam kereta kabel |
|
Inilah barisan guru wanita yang mengiringi pelajar
Dari kiri : Pn Salmiah, Pn Nurul, Pn Hasmahan dan Pn Fatimah |
|
Pn Hasmahan sedang memberikan taklimat kepada pelajar |
|
Gelagat pelajar SDAR di puncak Bukit Bendera |
|
Pengalaman pertama pelajar SDAR menaiki feri Pulau Pinang |
|
Program Bicara tokoh di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas
Gambar : En Hamid sedang mengalukan kedatangan rombongan SDAR |
|
YBhg. Dato' Abu Bakar Bin Yahaya sedang menyampaikan ucapan |
|
Berbalas cenderamata
Cenderamata dari Ybhg. Dato' Abu Bakar kepada Pn Hasmahan |
|
Pelajar menjamu selera |
|
Pelajar SDAR melawat sekolah agama yang diasaskan oleh keluarga Pak Lah |
|
Bergambar kenangan dengan Pak Ali yang banyak membantu pelajar SDAR di sini |
|
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar |
|
Pelajar sedang bersembahyang di Masjid Ubudiah |
|
Pn Hasmahan bergambar kenangan di Masjid Ubudiah |
|
Pn Fatimah turut bergambar kenangan di Masjid Ubudiah |
|
Sebahagian guru dan pelajar bergambar kenangan di hadapan Masjid Ubudiah |