Sunday, March 6, 2011

Subjek Sejarah Wajib Lulus SPM 2013

Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2013 banyak reaksi dari pelbagai pihak. Sebagai guru Sejarah, ini menampakkan akan kepentingan mata pelajaran Sejarah dalam membentuk perasaan jati diri dan semangat cinta akan negara. Adalah penting bagi kita warganegara Malaysia memahami dan mengetahui sejarah negara kita. Ada yang kata mata pelajaran Sejarah membosankan dan kita tidak perlu pandang ke belakang kerana sekarang orang berlumba menuju ke hadapan. Namun sejarahlah yang mematangkan kita. Kita belajar dari kesilapan dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut.
Dengan mewajibkan mata pelajaran Sejarah ini akan membuka mata pelajar dan masyarakat di luar sana untuk tidak menganaktirikan mata pelajaran Sejarah. Bersama-samalah kita menjayakan usaha memartabatkan mata pelajaran Sejarah ini.

No comments:

Post a Comment