Friday, February 18, 2011

Konvensyen 500 tahun Kejatuhan Melaka









Mengikuti Konvensyen 500 tahun Melaka yang diadakan di Universiti Teknikal Melaka dapat mengimbau kembali sejarah kebangkitan Kerajaan Melaka yang hebat. Genarasi muda sekarang kurang mengenali sejarah kegemilangan Melaka yang boleh menanam jatidiri yang hebat dan mengenali semangat bangsa Melayu kini. Para sejarawan Malaysia yang hebat-hebat membentangkan kertas kerja yang seolah tidak cukup masa untuk memeperkatakan semua fakta dan event memapar sejarah kehebatan bangsa Melayu kita.
Kita bukan menilai sejarah yang telah lama terkubur yang pasti tidak akan kembali lagi tetapi kita menilai semangat dan keazaman kukuh dengan nilai-nilai Islam tersemai dihati pejuang-pejuang Melayu yang mempertahankan Melaka daripada ranap diratah penjajah Portugis. Hakikat sebenar detik-detik sejarah dan fakta kebenarannya telah hilang tenggelam di dalam sebuah kapal yang mana terkumpul manuskrip-manuskrip asli hasil usaha bersama penterjemah Munshi Abdullah dan Stamford Raffles. Kapal yang memuat semua fakta kebenaran rasmi secara tragedi tenggelam di Jambi. Hanya salinan sahaja yang boleh diperolehi kini di Leyden, Lisbon atau di England. Kehebatan Kerajaan Melaka kurang dikuasai oleh golongan generasi muda kini memandangkan kurang maklumat. Kebanyakan penulisan sejarah ditulis oleh para orientalis barat yang lebih bious kepada bangsa sendiri.Kita masih memerlukan penulisan semula menulis fakta kebenaran sebenar oleh generasi-generasi muda kini.

Pn Salmiah Mohd Ali

No comments:

Post a Comment