Tuesday, October 30, 2012

Project Based Learning Peringkat Negeri Sembilan

29-31 Oktober 2012, Pertandingan Pembelajaran Berasaskan Projek dijalankan. Pn Hasmahan telah dipertanggungjawabkan untuk mencari pelajar untuk menyertai pertandingan ini. Kriteria yang dipilih adalah terdiri  daripada pelajar yang rajin meneroka, mempunyai kemahiran dalam ICT, mempunyai keyakinan dalam persembahan di kalayak ramai. Malah ini adalah kali pertama pasukan SDAR memasuki pertandingan peringkat negeri dengan mewakili PKG Rantau. Malah ini juga pengalaman pertama guru pembimbing tentang PBL ini. Segala maklumat dicari untuk memahami PBL sendiri malah, telah meminta bantuan dari PKG Rantau dan BTPN NS untuk memahami konsep PBL itu sendiri. Alhamdulillah, dengan kefahaman yang masih baru ditimba, kajian telah dijalankan dengan mengunjungan kawasan kajian, menjejakkan kaki ke Arkib Negara, mendapatkan respon dari guru dan pentadbir tentang projek ini. SDAR telah tersenarai sebagai peserta ke-3 pada hari pertama untuk Presentation of Learning. Seramai 21 buah sekolah menengah dan 21 sekolah rendah akan berentap tempat menjuarai pertandingan ini. Malah pada hari pertandingan, banyak perkara baru yang dipelajari oleh pelajar SDAR dan guru pembimbing dan ini boleh dijadikan ilmu yang pengalaman yang amat baik untuk penambahbaikan pada tahun hadapan. Konsepnya, setiap kumpulan diberikan booth untuk mempamerkan projek mereka dan setiap kumpulan juga akan membuat presentation untuk hakim. Di akhir presentation, hakim akan menanya soalan tentang projek kumpulan ini. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan dan kemahiran komunikasi pelajar untuk berdepan dengan khalayak ramai. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 3 November 2012 (Sabtu) di Termina1 Seremban. Diharapkan SDAR akan mendapat tempat dalam pertandingan ini walaupun dengan pengalaman yang amat kurang berbanding sekolah yang lain.

LAwatan ke Muzium Negara dan sekitar Kuala Lumpur

PAda 23 Oktober 2012 (Selasa), satu lawatan telah diadakan ke Kuala Lumpur dengan membawa ahli persatuan Sejarah. Seramai 10 orang pelajar ting 1, 10 orang pelajar ting 2, dan 12 orang pelajar ting 4 telah mengikuti rombongan ini. PElajar diiringi oleh Pn Hasmahan, Pn Nurul, dan Cik Farah. Hentian pertama pelajar SDAR adalah di Istana Negara Lama yang telah dibuka kepada orang awam dengan Pameran Mengenali Raja Kita. PElajar SDAR menghabiskan masa 1 jam di istana ini. PElbagai maklumat tentang Agong dapat dilihat dalam pameran ini. Setelah penat di Istana Negara, pelajar meneruskan perjalanan ke Muzium Negara. Kebetulan pada hari tersebut muzium menerima banyak pengunjunbg yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Setelah menerokai Muzium Negara, pelajar menerokai pula Planetarium Negara. Di akhir penjelajahan berinformasi ini, pelajar meneruskan lawatan ke Muzium Polis dan akhirnya bergerak pulang ke SDAR. Ketika perjalanan pulang, kunjungan ini singgah sebentar di Alamanda, Putrajaya untuk makan dan solat. Diharapkan perjalanan ini banyak memberikan informasi dan menjadikan pelajar SDAR lebih memahami sejarah. MAlah ini adalah salah satu kaedah yang digunakan iaitu pembelajaran luar bilik darjah. HArap subjek Sejarah akan lebih menarik dengan anjuran aktiviti seperti ini....

Esei Sejarah : Kunjungan ke Muzium Tentera Darat,Port Dickson

Pada 19 Oktober, satu kunjungan telah diadakan ke Muzium Tentera Darat, Port Dickson untuk mencari dan menambah bahan untuk penulisan esei Sejarah. Setelah berurusan dan membuat temujanji dengan pihak MUzium Tentera Darat, pasukan esei sejarah SDAR bertolak pukul 8.30 pagi. Banyak maklumat dan input telah diberikan kepada pasukan SDAR. Kerjasama dan sambutan mesra dan penuh informasi memberikan kelebihan kepada pelajar ini mendapatkan bahan. Terima kasih kepada Left. Kol. Mohamud di atas kerjasama yang diberikan dan tidak lupa juga kepada Sarjan Azri yang telah memberi banyak maklumat sepanjang kunjungan ini.

Kunjungan ke Arkib KAli ke 2 dan 3 2012

Kunjungan ke Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur telah berjaya dilaksanakan pada 19 September dan 23 Oktober yang lepas. Alhamdulillah dengan terlaksananya kunjungan ini secara tidak langsung dapat memberi kredit kepada pasukan esei sejarah SDAR mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam penulisan esei sejarah Malaysia tahun ini. Pada 19 September, pasukan esei sejarah bawah 18 tahun bersama dengan kumpulan Project Based Learning (PBL) Sejarah telah dibawa oleh Pn Hasmahan, selaku guru pembimbing untuk kedua-dua projek untuk mencari maklumat tentang tentang bidang kajian masing-masing. Alhamdulillah, banyak maklumat yang diperolehi dalam memudahkan penulisan kelak.
         Pada 17 Oktober, pasukan bawah 15 tahun telah dibawa ke Arkib Negara yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3. Semangat yang ditunjukkan semua pasukan amat membanggakan. Semoga kita dapat mengekalkan kejuaraan dan kegemilangan SDAR. Amin.

Saturday, October 6, 2012

MAJLIS BERMAAF-MAAFAN PELAJAR TINGKATAN 3 (PMR)

8A PMR BUTTON

"Ku pohon  maaf dan restu"

5 Oktober 2012 (Jumaat), majlis bermaaf-maafan pelajar tingkatan 3 dengan guru-guru SDAR telah diadakan. Bersungguh-sungguh pelajar ini memohon maaf dan restu dari guru SDAR sebelum menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada 8hb Oktober nanti. Ada antara pelajar yang bersungguh memohon kemaafan hingga mengalir air mata... terharu cikgu dibuatnya. Di sini ingin cikgu mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan yang penting sepanjang peperiksaan berjalan, diharapkan pelajar sdar kuatkan semangat, tenangkan diri, datang awal ke Dewan Tun Abdul Razak, dan yang penting jangan tidur. PASTIKAN 8A DI DALAM TANGAN DAN PASTINYA SEMUA A UNTUK SEJARAH.... GOOD LUCK!
Kemaafan dipinta

Restu Dipohon

macam-macam ragam pelajar SDAR


Nasihat dari cikgu Shabudin (Kaunselor)


Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Mohon keredhaan ustaz-ustaz SDAR

"Doakan kejayaan kami, cikgu"

Hilmi dan Cikgu Ibrahim 

Cikgu Taufik (KH), Cikgu Syukur (Bahasa Perancis), Azmi (PJK) dan Ustaz Tajul
(Minta maaf, cikgu...)

"Doakan saya dan batch saya berjaya, cikgu"  InsyaAllah kuatkan semangat, 8A pasti dalam tangan.

"Saya ada buat salah dengan cikgu tak?"
Cikgu doakan Iskandar berjaya.  Awak memang pelajar yang baik.

Sunday, September 30, 2012

Hari Anugerah Kokurikulum 2012

29 September 2012 (Sabtu), Majlis Hari Anugerah Kokurikulum telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak. Majlis ini diadakan sempena meraikan kejayaan pelajar, guru dan pasukan yang mengharumkan nama SDAR di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Sebanyak 13 'booth' telah dibuka yang meliputi booth dalaman dan juga luar. Booth dalaman terdiri daripada pasukan sekolah yang berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam tahun semasa. Antara pasukan ini ialah Pasukan KWN, Debat Bahasa Inggeris, Debat Bahasa Melayu, Robotik, Ragbi, Memanah, Eksplorasi Alam Kerjaya, Persatuan Kadet Bersatu Malaysia, Wind Orchestra dan ESEI SEJARAH. PAmeran dari luar terdiri daripada Bomba, Polis dan Penjara.  Setiap booth mempamerkan kejayaan masing-masing.
         PASUKAN ESEI SEJARAH telah diberikan ANUGERAH SINAR GEMILANG bersama-sama pasukan yang lain seperti Ragbi, Debat Bahasa Melayu, Debat Bahasa Inggeris, KWN. Alhamdulillah kejayaan pasukan esei SDAR diiktiraf bersama pasukan elit sekolah yang lain. Inilah yang menjadi perangsang dan semangat supaya pasukan Esei Sejarah akan terus menghasilkan mutu yang baik.

Saturday, September 8, 2012

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2011


6 September 2012 (Khamis), majlis penyampaian hadiah untuk Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2012 diadakan di Wisma Sejarah, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Penyampaian hadiah kali ini disempurnakan oleh YAB Tan Sri Hj Muhyiddin B Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Naib Presiden Persatuan Sejarah Malaysia. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan esei yang bermutu yang seterusnya layak dinobatkan sebagai johan dan naib johan bagi menengah atas serta johan dan saguhati bagi menengah rendah. Diharapkan ini menjadi penyuntik semangat kepada para peserta tahun ini.























Tuesday, July 10, 2012

Lawatan Ke Muzium Istana Seri Menanti Sempena Pesta Kesukuan Adat Perpateh 2012

7 Julai 2012 (Sabtu), Persatuan Sejarah dan Persatuan Adat Perpateh telah bergabung untuk membuat lawatan ke Pesta Kewsukuan Adat Perpateh 2012 yang diadakan selama dua hari iaitu 7 - 8 Julai 2012. Persatuan Sejarah diketuai oleh Pn Hasmahan sebagai guru pengiring manakala Adat Perpateh oleh Pn Murni. Seramai 32 orang pelajar turut bersama dalam lawatan ini. Apa yang menarik, pelajar SDAR diperkenalkan dengan makanan tradisional masyarakat Negeri Sembilan mengikut luak masing-masing. Selain daripada makanan tradisional, permainan tradisional juga turut diperkenalkan kepada pengunjung. Antara permainan tradisional yang terdapat seperti congkak, tarik upih, daam dan bermain tolak gelung. Malah setiap pengunjung dibenarkan merasa makanan tradisional tersebut yang dan semestinya peluang ini tidak dilepaskan oleh pelajar dan guru SDAR. Selain itu, rombongan SDAR juga melawat sekitar Istana Lama Seri Menanti dan ini memberikan peluang baru kepada pelajar SDAR. Semoga setiap pelajar SDAR yang terlibat akan memanfaatkan sebaik mungkin pengalaman sepanjang lawatan ini.