Kepada pelajar tingkatan 3 SDAR, PMR semakin menghampiri, jangan tangguhkan kerja, siapkan kerja kursus agar tiada yang menghalang kita ketika melakukan 'pecutan' nanti. Kecemerlangan sekolah tanggungjawab kita bersama.
Contoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Dato’ Abdul Razak, Tuan Haji Zakaria Bin Md Zin kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru Sejarah saya iaitu Puan Hasmahan Binti Abd Rahman kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu En Hamzah Bin Muhammad dan Pn. Hanis Binti Ahmad kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu Sulaiman Bin Halim dan Ismail Bin Ibrahim yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.
Contoh Objektif Kajian :
Melalui kajian ini, saya dapat :
- Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah.
- Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.
- Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai institusi pentadbiran tempatan yang banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat.
Contoh Kaedah Kajian :
1. Kaedah temu bual
Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual XXXXXXXXXXXXX dari XXXXXXX untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.
2. Kaedah lawatan dan pemerhatian
Saya telah melawat XXXXXXXXXXX untuk mengkaji sejarah institusi berkenaan. Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan pemerhatian saya di sini.
3. Kaedah analisis dokumen
Saya juga turut merujuk dokumen dari XXXXXXXXX untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.
4. Kaedah penyelidikan perpustakaan
Saya juga turut mengunjungi perpustakaan XXXXXX untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.
5. Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang institusi yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.
6. Kaedah Audio visual
Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rancangan XXXX. Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini.
Contoh Rumusan
Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai fungsi institusi ini dalam membantu ke arah kemajuan dan keharmonian negara.
Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.
Akhir sekali, kesejahteraan dan keamanan negara bergantung kepada rakyatnya. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.