Saturday, October 15, 2011

Karnival Sukan Staf SBP (Negeri Sembilan) 2011

15 Oktober 2011(Sabtu), Karnival Sukan Staf SBP 2011 telah diadakan di SMS Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Karnival ini menemukan sekolah-sekolah SBP sekitar Negeri Sembilan untuk bertanding merebut kejuaraan. Sukan yang dipertandingkan di sini ialah Permainan Bola Sepak dan Bola Jaring. SDAR telah menghantar 2 pasukan dan pemain-pemain terdiri daripada guru dan staf sokongan SDAR.
       Dalam karnival ini juga menyaksikan penyertaan dan sokongan penuh guru-guru panitia Sejarah. Ini dapat dilihat apabila untuk permainan bola jaring, 2 orang guru sejarah iaitu Pn Hasmahan dan Pn Fatimah tekah menyertai pasukan ini manakala Pn Salmiah bertindak sebagai penyokong kuat dalam karnival ini.
       Keputusan akhir telah menyaksikan Pasukan Bola Sepak SDAR telah mendapat tempat pertama manakala pasukan bola jaring SDAR telah mendapat tempat ke-3. Walaupun latihan kurang dan rata-rata peserta sama ada  tiada pengalaman atau sudah lama meninggalkan permainan ini, kemenangan tempat ke-3 amat mengujakan pemainnya. Tahniah kepada pasukan SDAR dan PANITIA SEJARAH ! Majulah sukan untuk negara.

Pemain dan orang kuat di belakang pasukan bola jaring

Pemain teruja mendapat tempat ke-3

Monday, October 10, 2011

Kunjungan ke Arkib Negara, Kuala Lumpur


5 Oktober 2011 (Rabu), pelajar yang terpilih untuk masuk bertanding dalam Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2011 telah dibawa ke Arkib Negara, Kuala Lumpur. Guru pembimbing terdiri daripada Pn Hasmahan Binti Abd Rahman dan Pn Salmiah Binti Mohd Ali. Seramai 6 orang pelajar kategori menengah atas telah dibawa ke Arkib Negara ini. Tujuan kunjungan ini adalah untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan penting seperti rujukan manuskrip, akhbar, gambar, artikel, tesis, rakaman audio visual dan lain-lain dalam penulisan sejarah kelak. Malah masa terus mencemburui kunjungan ini kerana tanpa disedari, masa telah menunjukkan jam 4.00 petang dan juga merupakan petanda kami harus bertolak pulang ke bumi SDAR. Namun, alhamdulillah, dengan sumber yang diperolehi diharapkan kumpulan ini dapat menghasilkan satu penulisan yang baik dan bermutu. Secara tidak langsung, ini juga memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar ini bagaimana sesebuah sumber sejarah itu disimpan. Malah kunjungan ini juga akan menjadi pengalaman pertama bagi pelajar-pelajar ini dalam meletakkan diri mereka sebagai seorang penyelidik muda.

Bergambar di luar dewan penyelidikan kerana larangan membawa kamera  dalam dewan penyelidikan

di hadapan kaunter pertanyaan / informasi  Dewan Penyelidikan

Pn Hasmahan dan Pn Salmiah di luar dewan.

Team yang dibimbing oleh Pn Hasmahan

Team yang dibimbing oleh Pn Salmiah





Berehat sebentar untuk makan tengah hari di kafetaria yang terdapat dalam bangunan Arkib Negara sebelum menyambung pencarian bahan.

Pn Hasmahan sempat membeli buku terbitan Arkib Negara. 

Penyampaian Hadiah Laporan Tugasan Terbaik

5 Oktober 2011 (Rabu), penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Cemerlang, Tn Hj Zakaria B Md Zin di dalam perhimpunan pagi ini. Ahmad Syahman telah dipertanggungjawabkan menyampaikan laporan sepanjang Program Menjejaki Utara Tanah Air dijalankan. Seterusnya mengumumkan kumpulan yang telah berjaya menghasilkan laporan terbaik secara keseluruhannya. Keputusannya :

  • Tempat pertama :  Kumpulan 5
  • Tempat kedua    :  Kumpulan 4
  • Tempat ketiga    :  Kumpulan 2
  • Tempat keempat:  Kumpulan 3
  • Tempat kelima   :  Kumpulan 1
    • Klik Laporan Pelajar Program ke Utara 2011 untuk melihat tugasan laporan setiap kumpulan
Gambar sekitar penyampaian hadiah :

Ahmad Syahman menyampaikan laporan

Pemenang tempat pertama diwakili Aizul Fahmy

Pemenang tempat kedua diwakili oleh Haziq

Pemenang tempat ke-3 diwakili oleh Zulfadhli

Tempat ke-4 diwakili Amir Ubaidah

Tempat ke-5 diwakili Aiman Hashim

Saturday, October 1, 2011

BENGKEL BIJAK SEJARAH (PMR) 2011


      1 Oktober 2011 (Sabtu), satu bengkel telah dijalankan oleh panitia sejarah untuk memantapkan lagi penguasaan dan pemahaman pelajar untuk menghadapi PMR yang hanya tinggal beberapa hari lagi. Ini merupakan usaha akhir panitia sejarah untuk memastikan semua pelajarnya memperolehi 100% A. Moga harapan ini akan tercapai. Amin.
       Bagi memastikan keberkesanan bengkel ini, pihak panitia sejarah telah menjemput En Sohaidie B Mohd Zain yang merupakan salah seorang guru cemerlang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bengkel yang berlangsung selama 4 jam ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada calon PMR SDAR ini. Segunung harapan dari guru, ibu bapa dan sekolah untuk melihat kalian berjaya. Buat sebaik mungkin dan jangan lupa berdoa kepadaNya...

Gambar sekitar Bengkel Bijak Sejarah PMR 2011








Thursday, September 29, 2011

SIAPNYA ESEI UNTUK PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH LUKUT 2011

         29 September 2011 (Khamis) merupakan tarikh akhir penghantaran karya pelajar untuk Pertandingan Menulis Esei Sejarah Lukut Peringkat Sekolah Menengah Negeri Sembilan 2011. Setelah berkunjung ke Muzium Lukut sebanyak dua kali untuk mendapatkan bahan dan melihat sendiri tapak kota Lukut, pelajar mula mempunyai keyakinan untuk menghasilkan esei masing-masing. Dengan bahan yang diperolehi dari muzium, ditambah dengan rujukan yang dilakukan di perpustakaan sekolah, dan perbincangan serta bimbingan secara berterusan terutamanya minggu terakhir, akhirnya penulisan esei keempat-empat peserta dapat disiapkan. Malah, saya telah menghantar sendiri esei pelajar ini ke Muzium Lukut. Tahniah kepada keempat-empat peserta yang menunjukkan komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam penghasilan karya ini.

        Malah, saya, sebagai guru pembimbing amat berbangga dengan pelajar-pelajar ini kerana kesungguhan dan minat yang ditunjukkan dalam mempelajari cara dan teknik dalam penulisan ilmiah.Dengan ilmu yang disampaikan akan meningkatkan lagi pengetahuan pelajar mengenai sesuatu penulisan ilmiah.

Pelajar SDAR yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada :

BIL
NAMA PELAJAR
KELAS
1
ZULHUSNI FAKRI B NORIMAN
4 K
2
MUHAMMAD HAZIQ B ALI
4 K
3
AHMAD AZFAR SYAFIQ B ABD RAHIM
4 K
4
AMIRUL AIMAN B ROSLAN
4 T


 ~Pn Hasmahan~

Gambar-gambar aktiviti sepanjang penghasilan esei dijalankan.




Monday, September 26, 2011

BENGKEL SCORE A+ SEJARAH SPM 2011

24 September 2011 (Sabtu), satu bengkel untuk tingkatan lima telah diadakan. Bengkel yang diadakan satu  hari ini adalah untuk meningkatkan lagi pemahaman pelajar tingkatan 5 tentang format dan fokus dalam subjek Sejarah yang perlu diambil perhatian. En Muslimin B. Fadzil, Guru Cemerlang dari Tanjung Karang, Selangor sekali lagi telah dijemput untuk menjalankan bengkel ini. Diharapkan dengan adanya bengkel ini kecemerlangan dalam subjek Sejarah dalam SPM akan melonjak lagi.