Dalam karnival ini juga menyaksikan penyertaan dan sokongan penuh guru-guru panitia Sejarah. Ini dapat dilihat apabila untuk permainan bola jaring, 2 orang guru sejarah iaitu Pn Hasmahan dan Pn Fatimah tekah menyertai pasukan ini manakala Pn Salmiah bertindak sebagai penyokong kuat dalam karnival ini.
Keputusan akhir telah menyaksikan Pasukan Bola Sepak SDAR telah mendapat tempat pertama manakala pasukan bola jaring SDAR telah mendapat tempat ke-3. Walaupun latihan kurang dan rata-rata peserta sama ada tiada pengalaman atau sudah lama meninggalkan permainan ini, kemenangan tempat ke-3 amat mengujakan pemainnya. Tahniah kepada pasukan SDAR dan PANITIA SEJARAH ! Majulah sukan untuk negara.
![]() |
Pemain dan orang kuat di belakang pasukan bola jaring |
![]() |
Pemain teruja mendapat tempat ke-3 |
No comments:
Post a Comment