5-6 Julai 2012, buat pertama kalinya telah diadakan Persidangan Antarabangsa Melayu Polinesia bertempat di Kelana Resort, Seremban. Seramai 4 orang guru SDAR menghadiri persidangan ini iaitu Pn Hasmahan, Pn Fatimah, Pn Murni dan Pn Nurul Hashida. Banyak maklumat dan ilmu yang diperolehi sepanjang persidangan ini. Persidangan ini turut dihadiri oleh wakil dari negara luar yang merupakan rumpun Melayu Polinesia iaitu orang Maori, New Zealand, Melayu Pattani, Melayu Afrika Selatan, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Tuesday, July 10, 2012
Thursday, May 24, 2012
LATIHAN UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5 SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL II
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 SDAR
LATIHAN PENGUASAAN SOALAN KBKK
LATIHAN PENGUASAAN SOALAN KBKK
BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
1. Pada pandangan anda,
mengapakah sikap toleransi seperti dalam
Pakatan Murni penting kepada negara kita yang mempunyai rakyat pelbagai
kaum? (5 markah)
2. Bagaimanakah tolak ansur
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia boleh membantu negara kita untuk lebih
maju pada masa hadapan? (5 markah)
BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
1. Penubuhan Malaysia memperlihatkan kematangan
pemimpin kita melihat masa depan. Pada pandangan anda, mengapakah kemasukan
Sabah dan Sarawak dalam Malaysia memberi banyak faedah kepada rakyat negeri
tersebut? (5 markah)
2. Apakah iktibar yang
boleh diambil daripada tentangan negara luar iaitu Indonesia dan Filipina dalam
usaha menubuhkan Malaysia? (5 markah)
BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN
PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
1. Berdasarkan
pemerhatian anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada rakyat pelbagai kaum
di Malaysia? (5 markah)
2. Pada pandangan anda, mengapakah sistem Raja Berperlembagaan masih
relevan dan penting kepada negara Malaysia? (5 markah)
3. Pada
pendapat anda, mengapakah lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan
perlu dihormati dan dipelihara? (5 markah)
4. Pada pandangan anda, mengapakah hubungan baik antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri amat penting? (5 markah)
Arahan
1. Sila siapkan soalan kbkk ini dalam bentuk esei.
2. Jawapan hendaklah ditaip dalam microsoft word dan dihantar ke email cikgu untuk semakan.
3. Hantar jawapan yang telah siap ke email ini :
ahasmahan@gmail.com
Huatima77@yahoo.com
Salmiah_mohdali@yahoo.com

# Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn Hasmahan, Pn Fatimah dan Pn Salmiah
Wednesday, May 23, 2012
SAMBUTAN HARI GURU DAN MAJLIS PERPISAHAN EN AZIMI BIN MD ZIN
![]() |
| Semua cikgu SDAR wajib pakai pin ini... dari pelajar SDAR |
![]() |
| Antara guru-guru perempuan SDAR |
![]() |
| Persembahan pelajar SDAR |
23 Mei 2012(Rabu), 2.00 petang bermulalah majlis untuk Cikgu Azimi Bin Md Zin....
Sesungguhnya warga SDAR merasakan satu kehilangan yang amat sangat apabila Cikgu Azimi tidak lagi berkhidmat di SDAR dan menyambung tugasnya di SMS Batu Pahat.... Bagi panitia Sejarah sendiri amat merasai kehilangannya kerana Cikgu Azimi yang lebih mesra dipanggil Jimi di kalangan rakan sejawat sentiasa bersama dengan panitia sejarah dalam menjalankan program kemanusiaan... Walaupun Cikgu Azimi mengajar Geografi (KP Geografi) namun perbincangan sentiasa diadakan dengan panitia Sejarah.
![]() |
| yang diraikan... En Azimi B Md Zin |
![]() |
| Ucapan perpisahan dan amanat kepada rakan sejawat dan pelajar SDAR |
![]() |
| Persembahan pelajar |
![]() |
| Bergambar kenangan bersama Jimi dan Kak Zalita (insyaallah... nanti kita buat program jaringan yer jimi...) |
Monday, May 14, 2012
Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012
Kepada semua pelajar SDAR... selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Semoga memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan ini. Form 5... ingat akan straight At anda! kepada form 3 ingat straight A's, kepada form 1,2 dan 4...ini bukan bulan untuk bersuka ria dan jangan ambil semua perkara itu mudah... Cikgu doakan kejayaan kalian... Amin....
Thursday, May 3, 2012
Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2012
http://www.psm.org.my/laman_utama.htm
Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2012 telah dikeluarkan di dalam laman web rasmi Persatuan Sejarah Malaysia. Pemilihan pelajar juga sedang dilakukan memandangkan ada permintaan yang melebihi bilangan yang ditetapkan dalam pertandingan ini. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan pemerhatian guru, kesungguhan dan minat pelajar dalam penulisan sejarah ini. Seramai 6 orang pelajar akan dipilih untuk mewakili 2 kumpulan kategori menengah rendah dan 6 kumpulan lagi untuk mewakili 2 kumpulan kategori menengah atas. Kesemuanya berjumlah 12 orang yang akan dipilih. Diharapkan pemilihan akan berjalan lancar.

-Pn Hasmahan-
Friday, April 20, 2012
Jaringan Mesra SDAR-SMK Seafield
19 April 2012 (Khamis), satu program jaringan telah diadakan buat pertama kalinya dengan SMK Seafield, Subang Jaya. Program ini diharapkan akan menjadikan titik permulaan kepada kerjasama antara kedua-dua buah sekolah. Program ini disertai oleh 3 orang guru bersama dengan 28 orang pelajar. Antara guru yang terlibat ialah guru Hasmahan Binti Abd Rahman, Pn Fatimah Binti Ab Rahim dan Pn Zalita Bt Md Lasim.
RASIONAL :
Mengembangkan potensi diri dan memperkukuhkan jati
diri pelajar dalam membentuk modal insan yang
cemerlang dalam diri pelajar. Ini adalah salah satu cara untuk membentuk jati diri dalam diri
pelajar selaras
dengan perkembangan negara masa kini. Malah program ini dapat
mendukung dan merealisasikan aspirasi
negara menuju Wawasan 2020.
OBJEKTIF :
- Membawa pelajar melawat sekolah yang lain sebagai penanda aras.
- Menjalinkan persahabatan yang muhibbah, perkongsian ilmu dan bertukar idea antara kedua-dua pihak
- Meningkatkan konsep kendiri para pelajar yang bergelar pemimpin
- Pendedahan kepada pelajar kepada masyarakat luar dan meningkatkan kemahiran sosial pelajar.
- Menjana perkembangan emosi, rohani, intelek dan jasmani di kalangan pelajar secara positif.
- Dapat membentuk dan mengukuhkan jati diri dalam diri pelajar.
STRATEGI PELAKSANAAN
- Sepanjang tahun
Terima kasih kepada SMK Seafield yang sudi menerima kunjungan kami. Diharapkan ini adalah permulaan kepada hubungan kerjasama pada masa yang akan datang.
Jalinan Mesra SDAR - Arkib Negara Malaysia
19 April 2012 (Khamis), satu program jalinan telah diadakan antara SDAR dengan Arkib Negara Malaysia. Program jalinan ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan kerjasama dan dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak. Program ini secara tidak langsung dapat mendedahkan pelajar dengan sumber-sumber pensejarahan yang terdapat di dalam negara kita di samping menjana idea pelajar tentang sejarah negara kita.
RASIONAL
Program ini amat penting untuk perkembangan ilmu seseorang murid. Usaha memberikan pendedahan kepada murid tentang maklumat yang berkaitan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan sumber warisan Negara kita seterusnya mendorong golingan ini menjadi golongan yang menghargai sejarah Negara dan bangsanya sendiri. Ini adalah salah satu cara untuk membentuk jati diri dalam diri pelajar selaras dengan perkembangan negara masa kini. Malah program ini dapat mendukung dan merealisasikan aspirasi negara menuju Wawasan 2020.
OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan konsep kendiri para pelajar yang bergelar
pemimpin.
2.2 Membantu pelajar memahami pemeliharaan dan
pemuliharaan sumber sejarah dibuat.
2.3 Membentuk kesedaran dalam
diri pelajar tentang kepentingan menjaga warisan bangsa dan negara kita
2.4 Menjana perkembangan
emosi, rohani, intelek dan jasmani di kalangan pelajar secara positif.
STRATEGI PELAKSANAAN
Tarikh : 19 April 2012, 13 Jun 2012 dan 5 September
2012
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur
Sepanjang program ini dilaksanakan, layanan yang diberikan oleh pihak arkib amat baik. Setelah sampai sahaja di arkib, barisan SDAR telah disambut oleh pegawai arkib iaitu Datin Mahizah Bt Abd Malik dan Pn Shazana. Jamuan pagi disediakan kepada pelajar SDAR di kafetaria. Selesai bersarapan, pelajar dipertontonkan dengan video mengenai darurat dan kubu hutan. Mini kuiz diadakan dan ramai pelajar berebut memberi jawapan termasuklah Pn Zalita yang merupakan peserta pertama yang menjawab soalan kuiz. (kuiz untuk guru ke atau untuk pelajar?) kemudiannya pelajar dibawa melihat demontrasi bagaimana sesebuah bahan dibaikpulih dan disimpan. Setelah selesai, pelajar dibawa ke Dewan penyelidikan dan diberi penerangan oleh En Faiz Bin Ismail. Pelajar turut melawat perpustakaan di dalam bilik penyelidikan tersebut. Akhir sekali, majlis penyampaian cenderamata antara kedua-dua pihak dijalankan sebagai penghargaan kepada pihak arkib yang banyak membantu pelajar SDAR dalam menjalankan penyelidikan pada tahun-tahun sebelum ini dan diharapkan lawatan ini sebagai satu titik permulaan kepada kerjasama yang akan datang.

| Perjalanan ke Arkib Negara |
| Menuju puncak... |
| Sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Arkib Negara Malaysia |
| Datin Mahizah yang mengalu kehadiran warga SDAR |
| Tayangan 2 video kepada warga SDAR |
| Kuiz yang dijalankan... Tahniah yer pelajar SDAR, semua dapat hadiah! |
| Bengkel mini tentang pemeliharaan dan pemuliharaan bahan |
| Zulfadhli sedang belajar untuk menjilid bahan |
| Cenderamata daripada SDAR disampaikan oleh Pn Hasmahan kepada Cik Shazana dari Arkib Negara Malaysia |
| Cenderamata dari Arkib Negara |
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)