Thursday, September 29, 2011

SIAPNYA ESEI UNTUK PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH LUKUT 2011

         29 September 2011 (Khamis) merupakan tarikh akhir penghantaran karya pelajar untuk Pertandingan Menulis Esei Sejarah Lukut Peringkat Sekolah Menengah Negeri Sembilan 2011. Setelah berkunjung ke Muzium Lukut sebanyak dua kali untuk mendapatkan bahan dan melihat sendiri tapak kota Lukut, pelajar mula mempunyai keyakinan untuk menghasilkan esei masing-masing. Dengan bahan yang diperolehi dari muzium, ditambah dengan rujukan yang dilakukan di perpustakaan sekolah, dan perbincangan serta bimbingan secara berterusan terutamanya minggu terakhir, akhirnya penulisan esei keempat-empat peserta dapat disiapkan. Malah, saya telah menghantar sendiri esei pelajar ini ke Muzium Lukut. Tahniah kepada keempat-empat peserta yang menunjukkan komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam penghasilan karya ini.

        Malah, saya, sebagai guru pembimbing amat berbangga dengan pelajar-pelajar ini kerana kesungguhan dan minat yang ditunjukkan dalam mempelajari cara dan teknik dalam penulisan ilmiah.Dengan ilmu yang disampaikan akan meningkatkan lagi pengetahuan pelajar mengenai sesuatu penulisan ilmiah.

Pelajar SDAR yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada :

BIL
NAMA PELAJAR
KELAS
1
ZULHUSNI FAKRI B NORIMAN
4 K
2
MUHAMMAD HAZIQ B ALI
4 K
3
AHMAD AZFAR SYAFIQ B ABD RAHIM
4 K
4
AMIRUL AIMAN B ROSLAN
4 T


 ~Pn Hasmahan~

Gambar-gambar aktiviti sepanjang penghasilan esei dijalankan.




Monday, September 26, 2011

BENGKEL SCORE A+ SEJARAH SPM 2011

24 September 2011 (Sabtu), satu bengkel untuk tingkatan lima telah diadakan. Bengkel yang diadakan satu  hari ini adalah untuk meningkatkan lagi pemahaman pelajar tingkatan 5 tentang format dan fokus dalam subjek Sejarah yang perlu diambil perhatian. En Muslimin B. Fadzil, Guru Cemerlang dari Tanjung Karang, Selangor sekali lagi telah dijemput untuk menjalankan bengkel ini. Diharapkan dengan adanya bengkel ini kecemerlangan dalam subjek Sejarah dalam SPM akan melonjak lagi.
















PENGHANTARAN LAPORAN TUGASAN BERKUMPULAN

Perhatian kepada semua  pelajar yang mengikuti program Menjejaki Warisan Utara Tanah Air :

      Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu laporan berdasarkan tugasan yang diberikan sebelum bertolak ke utara tanah air. Sila siapkan laporan tersebut dan patuhi tempoh yang telah ditetapkan kepada anda. Sila hantar tugasan kumpulan anda selewat-lewatnya hari Rabu (28 September 2011) kepada Puan Hasmahan melalui email. Alamat e-mail : ahasmahan@gmail.com.  Laporan anda akan dinilai dan hadiah akan diberikan kepada kumpulan yang menghasilkan laporan yang terbaik.

      Sekian, terima kasih.

      ~Pn Hasmahan~

HUJUNG MINGGU YANG PADAT TAPI BERBALOI

Aktiviti hujung minggu ini :
1.  Bengkel SPM - 24 September 2011(1 hari)
2.  Kelas klinikal PMR - 24 September 2011 ( 9.00 pg)
3.  Kelas anjal PMR - 24 Setember 2011 (2.00 ptg)

Dengan program yang diatur oleh pihak panitia dan sekolah dapat meningkatkan kecemerlangan dalam subjek Sejarah PMR dan SPM.

Sunday, September 18, 2011

PROGRAM MENJEJAKI WARISAN UTARA TANAH AIR 2011


       14-16 September 2011 telah memberi pengalaman baru kepada pelajar dan guru-guru Sejarah SDAR apabila berjaya melaksanakan program tersebut dengan jayanya. Saya, Pn Hasmahan telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah untuk melaksanakan program ini. Dengan berbincang dengan beberapa orang guru dan saya mula merangka program ini. Alhamdulillah, segala berjalan mengikut perancangan.
      Setelah senarai nama dikeluarkan, pada hari Isnin (12 September 2011/ 8.30 malam), satu taklimat telah diadakan oleh saya untuk peserta program untuk memudahkan urusan ketika program ini dilaksanakan. Seramai 6 orang guru yang turut menyertai program ini. Guru yang turut bersama dalam program ini ialah Pn Hasmahan (saya), Pn Salmiah, Pn Fatimah, Pn Nurul, En Wan Arif dan En Nordin.
      Program selama 3 hari ini bermula dengan hari pertama di Kedah. Pelajar dibawa ke kampung halaman saya iaitu Kampung Teluk Wang, Sungai Petani untuk merasai suasana kampung dan makan tengah hari di kampung. Setelah solat, bas bergerak ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok untuk melihat sendiri tapak-tapak candi dan penerangan tentang sejarah di kawasan tersebut. Terima kasih kepada Pn Nurul, pegawai muzium ini yang banyak memberi penerangan kepada pelajar. Setelah selesai, kami bergerak ke SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam untuk  bermalam selama dua hari. Perkongsian pintar turut diadakan antara SDAR dan SMS Tun Syed Sheh Shahabudin pada sebelah malam.  Terima kasih tidak terhingga kepada Sekolah Tun Syed Sheh Shahabudin kerana memberi kebenaran kepada pihak kami untuk menumpang bermalam dan mengadakan program perkongsian pintar yang banyak memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Terima kasih juga kepada PK HEM sekolah ini iaitu Pn Engku Nor Aini yang menyambut mesra kedatangan kami dan banyak membantu sepanjang kami berada di sekolah ini.
      Pada hari kedua, pelajar dibawa bersiar di Pulau Pinang dengan menaiki Jambatan Pulau Pinang dan pulang dengan menaiki feri. Antara tempat yang dikunjung pelajar ialah Bukit Bendera, Padang Kota  dan Fort Cornwallis. Masa mencemburi kami apabila kami terpaksa bergegas pulang ke Seberang Perai dan menuju ke Kepala Batas untuk program Bicara tokoh di Pusat  Khidmat UMNO Kepala Batas (rumah asal kediaman Perdana Menteri Malaysia ke-5, YB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi). Kami kurang bernasib baik kerana YB Tun Abdullah (dengan nama mesra rakyatnya Pak Lah) masih berada di luar negeri namun YBhg Dato' Abu Bakar Yahaya sudi menerima kami sebagai tetamu dan menyediakan beberapa orang  pegawai yang akan membantu guru dan pelajar. Malah kami turut dijamu dengan  makan tengah hari. Pelajar dapat melawat kawasan rumah asal Pak Lah, SMK Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas (dahulunya merupakan sekolah agama yang diasaskan oleh datuk Pak Lah iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Bin Ibrahim atau dikenali Syeikh Abdullah Fahim manakala ayah Pak Lah iaitu Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi pengetua di sekolah berkenaan). Di sini diharap pelajar SDAR akan lebih mengenali tokoh negara dengan lebih lanjut.
     Pada hari ketiga, penjelajahan diteruskan lagi ke negeri Perak Darul Ridzuan. Penjelajahan pagi ke Perak dimulakan dengan singgah ke Bukit Merah Lake Town untuk program 'Say Hello to Nature'. Kemudiannya bergerak ke Kuala Kangsar untuk melihat dan mengenali warisan negeri Perak. Kunjungan berhenti di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk melihat seni bina masjid tersebut serta bersembahyang di masjid tersebut. Kemudiannya kami terus bergerak ke tempat membuat dan menjual labu sayung untuk memahami dan melihat sendiri pembuatan labu sayung. Namun, kami tidak dapat melihat sendiri pembuatan labu ini kerana pekerja bengkel berkenaan bercuti. Namun, pengusaha banyak memberi maklumat tentang pembuatan, kegunaan dan keistimewaan labu sayung. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di rumah Puan Nurul untuk minum petang di Tapah, Perak. Kami meneruskan perjalanan pulang dan sampai di SDAR pada pukul 10.00 malam.
     Walaupun perjalanan menjejaki warisan ini agak meletihkan, namun banyak manfaat yang diperolehi dari program ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan untuk tahun akan datang dengan menjejaki warisan negeri-negeri lain di Malaysia. Pendedahan yang diberi kepada pelajar akan dapat memberi pengalaman dan input baru kepada pelajar tentang sejarah dan warisan negara kita.

~ Pn Hasmahan ~

Pelajar merasai suasana kampung
Tempat : Kampung Teluk Wang Kecil, Sungai Petani


Bergambar di hadapan rumah ibu bapa Pn Hasmahan

 

Makan tengah hari di kampung


Iqmal sedang memujuk burung keluar kot


Bersembahyang jemaah sebelum meneruskan perjalanan

Pn Salmiah menyampaikan cenderamata kepada Pn Nurul, pegawai Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok

Penerangan tentang Muzium Arkeologi Lembah Bujang dan tapak-tapak candi yang terdapat di muzium ini oleh Pn Nurul

Antara maklumat dan artifak yang dipamerkan dalam muzium ini


Pelajar melawat dan melihat dengan lebih dekat tapak candi yang terdapat di Lembah Bujang ini


Pn Hasmahan memberi penerangan ringkas kepada pelajar tentang tapak candi ini

Disambut dan dilayan dengan baik di SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam 
oleh PK HEM, Pn Engku Nor Aini dan para pelajarnya

Program perkongsian pintar antara SDAR dengan SMS Tun Syed Sheh Shahabudin


Pn Salmiah menyampaikan cenderamata kepada pihak SMS Tun Syed Sheh Shahabudin

Ketika berada di atas Jambatan Pulau Pinang


Ketika berada di atas feri dari Pulau Pinang ke Butterworth


Bergambar kenangan ketika sampai di Bukit Bendera

Pn Fatimah sedang menggunakan tiket masuk untuk menaiki kereta kabel ke Bukit Bendera



Ketika di dalam kereta kabel


Inilah barisan guru wanita yang mengiringi pelajar
Dari kiri : Pn Salmiah, Pn Nurul, Pn Hasmahan dan Pn Fatimah

Pn Hasmahan sedang memberikan  taklimat kepada pelajar


Gelagat pelajar SDAR di puncak Bukit Bendera


Pengalaman pertama pelajar SDAR menaiki feri Pulau Pinang


Program Bicara tokoh di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas
Gambar : En Hamid sedang mengalukan kedatangan rombongan SDAR

YBhg. Dato' Abu Bakar Bin Yahaya sedang menyampaikan ucapan


Berbalas cenderamata
Cenderamata dari Ybhg. Dato' Abu Bakar kepada Pn Hasmahan

Pelajar menjamu selera

Pelajar SDAR melawat sekolah agama yang diasaskan oleh keluarga Pak Lah





Bergambar kenangan dengan Pak Ali yang banyak membantu pelajar SDAR di sini
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar



Pelajar sedang bersembahyang di Masjid Ubudiah



Pn Hasmahan bergambar kenangan di Masjid Ubudiah

Pn Fatimah turut bergambar kenangan di Masjid Ubudiah

Sebahagian guru dan pelajar bergambar kenangan di hadapan Masjid Ubudiah