Tuesday, May 24, 2011

Seminar Antarabangsa 'Museum And Memory' di Royale Bintang, Seremban

23 Mei 2011, saya telah menghadiri Seminar Antarabangsa 'Museum and Memory' di Hotel Royale Bintang, Seremban.Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi - 4.30 petang. Banyak input yang diperolehi daripada seminar tersebut. Ditambah lagi apabila berjumpa dengan rakan-rakan yang lain seperti dari SMAPL,KGV dan SMK Seafield. Sepatutnya seminar-seminar seperti ini diperluaskan lagi di kalangan guru dan  mungkin boleh dijadikan acara tahunan muzium negeri atau muzium negara bagi memperluaskan lagi minda para guru.

Hasmahan

Monday, May 23, 2011

Pemilihan pelajar yang akan menyertai Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2011

Pengumuman kepada semua pelajar SDAR....

Pemilihan sedang dilakukan untuk memilih pelajar yang akan menyertai pertandingan menulis sejarah Malaysia 2011. Kepada sesiapa yang meminati penulisan sejarah, sila hubungi Pn Hasmahan untuk menjalani sesi saringan. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Menengah Rendah (2 penyertaan) dan Menengah Atas (2 penyertaan). Jadi Panitia Sejarah akan mencari 2 penyertaan dari menengah rendah dan 2 penyertaan dari menengah atas. Satu kumpulan tidak melebihi 3 orang. Jadi, sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut, bolehlah datang terus berjumpa dengan Pn Hasmahan.

"Kekalkan kecemerlangan dalam PENULISAN SEJARAH MALAYSIA"
 -Pn Hasmahan-

Friday, May 20, 2011

Berakhirnya peperiksaan pertengahan tahun.... bermulanya cuti awal seminggu bagi tingkatan 1,2 dan 4

Hari ini semua pelajar tingkatan 1,2 dan 4 dibenarkan pulang ke kampung disebabkan Asrama SDAR akan digunakan untuk HKSBP... Hanya tingkatan 3 dan 5 masih lagi berada di SDAR. Apa nak dibuat.. kelas peperiksaan dikatakan, jadi 'no honeymoon' untuk mereka. Berkorban untuk masa depan...

Kepada pelajar SDAR yang pulang ke kampung masing-masing... selamat bercuti awal dan kepada ting 3 dan 5.... jangan sedih... cikgu kan ada bersama kalian.... Perhatian akan lebih kepada kamu semua....
Sejarah PMR dan SPM ... diharapkan   100% A.

Tuesday, May 3, 2011

MINGGU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN.....

Hari Jumaat lepas, 28 Mac bermula peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan 4 dan 5. Sejarah Kertas 1 turut tersenarai pada hari tersebut. Setelah bercuti 3 hari, 3 Mei, pelajar ting 4 dan 5 menduduki pula paper Sejarah Kertas 2 pukul 2.00 - 4.30 ptg tadi. Moga minggu ini akan berjalan dengan lancar....
Tingkatan 1-3 akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan... Kepada semua pelajar SDAR, buat sebaik mungkin dan percaya dan yakin pada diri sendiri. Elakkan unsur-unsur yang tidak menyenangkan.... Selamat Menjawab peperiksaan daripada Panitia Sejarah....