Thursday, March 24, 2011

KEPUTUSAN SEJARAH SPM SDAR

23 Mac (Rabu): Keputusan SPM telah diumumkan dan perkarangan foyer Dewan SDAR penuh dengan parent dan xstudent menanti keputusan dengan penuh debar. Guru-guru pun berdebar dan mengharapkan keputusan yang baik untuk semua. Alhamdulillah keputusan SPM SDAR naik dan bagi sejarah sendiri seramai 150 daripada 156 pelajar berjaya mendapat A. Hanya 5 orang yang mendapat B+ dan 1 orang mendapat B. Pemberian keputusan tahun ni berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana dilakukan di Dewan Tun Abdul Razak. Semua pelajar straight A's dipanggil naik ke pentas untuk mendapatkan slip dari tangan tuan pengetua sendiri. Pelajar tingkatan 4 dan 5 diarahkan memenuhi dewan bagi menyaksikan majlis ini. Secara tidak langsung ini diharapkan dapat menaikkan semangat pelajar-pelajar ini untuk lebih berusaha untuk memastikan kecemerlangan diri masing-masing..

Friday, March 11, 2011

Berakhirnya Ujian Mac Bermulanya Cuti Sekolah

Ujian Bulan Mac telah berakhir semalam. Hari ini guru-guru mula memulakan operasi menanda kertas jawapan pelajar... Adakah pelajar SDAR ini mencapai sasaran yang dikehendaki oleh semua panitia? Sama-sama kita lihat nanti.... Selepas cuti semua akan terjawab. Adakah usaha dan latihan yang diberi oleh guru sudah berbaloi atau perlu dilakukan penambahbaikkan? Ini semua hanya akan ditentukan oleh ujian bulan Mac ini. Jadi Panitia Sejarah ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua pelajar SDAR dan jangan lewat pulang ke sekolah.

Thursday, March 10, 2011

Keputusan Pertandingan Menulis Sejarah 2010 sudah diumumkan!!!!!

Alhamdulilah 3 karya SDAR telah diiktiraf oleh Persatuan Sejarah Malaysia. Diharapkan dengan kemenangan ini akan membangkitkan semangat guru-guru sejarah dalam membimbing pelajar SDAR agar terus berjaya. Tahniah kepada karya yang berjudul Tembakau dan Kenaf : Berevolusi Bersama Misi (Tempat Kedua Kategori Menengah Atas), RTM Negeri Sembilan : Inovasi Ke Arah Memartabatkan Penyiaran Bertaraf Tinggi (Tempat Ketiga Kategori Menengah Rendah) dan  Tranformasi Rida ke Mara : Prospek Integriti Bangsa (hadiah saguhati kategori Menengah Atas).

Untuk mendapatkan keputusan penuh sila klik di bawah
http://www.psm.org.my/httpdocs/image/KEPUTUSAN%20MENULIS%20SEJ.%202010.pdf

Sunday, March 6, 2011

PORT DICKSON-REMBAU DIISYTIHARKAN KAWASAN PUTIH YANG PERTAMA DI NEGERI SEMBILAN

Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh Kerajaan dalam tahun 1948 adalah bertujuan untuk membendung keganasan komunis. Banyak kawasan yang disyaki menjadi kubu komunis telah diisytiharkan sebagai kawasan yang penting dan dikawal ketat. Kawasan-kawasan ini kemudiannya akan diisytiharkan sebagai `kawasan putih' apabila kerajaan berpuas hati dengan keselamatannya. Pada hari ini 6.3.1954 kawasan pentadbiran Port Dickson dan Rembau diisytiharkan sebagai `Kawasan Putih' oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Pengisytiharan itu melibatkan kawasan seluas 530.95km persegi. Dengan pengisytiharan itu seramai 41,000 orang lagi penduduk Persekutuan telah bebas dari sekatan undang-undang darurat menjadikannya berjumlah seramai 712,000 orang. Port Dickson dan Rembau ialah kawasan yang pertama di Negeri Sembilan dan yang kelima di Persekutuan menjadi `Kawasan Putih'. Dengan pengisytiharan ini sekatan-sekatan ke atas barang-barang makanan, bekalan-bekalan penting dan perintah berkurung kepada penduduk kawasan ini telah dihapuskan. Kawasan pentadbiran Port Dickson yang diisytiharkan bersih terdiri dari semua kawasan bandaran Port Dickson, Lukut, Siliau, kampung-kampung Saga, Teluk Kemang, Pasir Panjang Sirusa, Pengkalan Kempas dan Kampung Melayu Sungai Raya. Kawasan-kawasan perlombongan di Lukut, Rantau dan Sendayan serta estet-estet Sengkang, Sua Betung dan estate Verdivil. Sementara di Rembau pula ialah kawasan Bandaran Rembau, Kampung Batu, Istana Raja, Kampung Sungai Layang, Chengkau Kota, Kampung Baru Miku Penida dan Kampung Kendung baru serta 10 kawasan penempatan semula di samping estet-estet Kendung, Sungai Dua Mikeraya, Kampung Picha Bukit Bertam, Sungai Baru dan estet Chuan Bee. Pengisytiharan kedua-dua kawasan ini sebagai `Kawasan Putih' pada hari ini dalam tahun 1954 membuktikan taat setia rakyat terhadap undang-undang dan kerjasama mereka kepada pihak berkuasa untuk menamatkan darurat secepat mungkin. Hasil dari usaha gigih dari semua pihak, seramai 600 orang pengganas komunis berjaya dibunuh sejak darurat diisytiharkan di Negeri Sembilan. Mulai tahun 1954, melainkan di beberapa kawasan di Perak dan Pahang keadaan darurat kian bertambah baik.  Pada akhir bulan Februari, 1955 seramai 5,483 orang pengganas komunis berjaya dibunuh dan seramai 2,014 orang menyerah diri di seluruh negara.
Sumber : HIDS, Arkib Negara

Subjek Sejarah Wajib Lulus SPM 2013

Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2013 banyak reaksi dari pelbagai pihak. Sebagai guru Sejarah, ini menampakkan akan kepentingan mata pelajaran Sejarah dalam membentuk perasaan jati diri dan semangat cinta akan negara. Adalah penting bagi kita warganegara Malaysia memahami dan mengetahui sejarah negara kita. Ada yang kata mata pelajaran Sejarah membosankan dan kita tidak perlu pandang ke belakang kerana sekarang orang berlumba menuju ke hadapan. Namun sejarahlah yang mematangkan kita. Kita belajar dari kesilapan dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut.
Dengan mewajibkan mata pelajaran Sejarah ini akan membuka mata pelajar dan masyarakat di luar sana untuk tidak menganaktirikan mata pelajaran Sejarah. Bersama-samalah kita menjayakan usaha memartabatkan mata pelajaran Sejarah ini.

Saturday, March 5, 2011

Di sebalik tabir Panitia Sejarah

PANITIA SEJARAH SDAR 2011

Pn Fatimah Bt Ab Rahim
Ketua Panitia Sejarah 2011

Pn Salmiah Binti Mohd Ali
(Mantan Panitia Sejarah)
Ketua Panitia Sejarah 2004 - 2007

Pn Hasmahan Binti Abd Rahman
(Setiausaha Panitia Sejarah)
Ketua Panitia Sejarah 2008 - 2010

Pn Sakinah Bt Abdullah
(Ahli Panitia)

Tahun 2011 menyaksikan Pn Fatimah telah dilantik menjadi Ketua Panitia Sejarah menggantikan Pn Hasmahan yang telah berkhidmat selama 3 tahun sebagai Ketua Panitia. Sebelum itu,  ketua panitia sejarah adalah Pn Salmiah. Dengan pelantikan Pn Fatimah akan dapat membuktikan bahawa kerjasama dan kejelekitan antara ahli panitia dan membuktikan semua guru sejarah telah diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah untuk memimpin panitia dalam tempoh tertentu. Malah tahun ini turut menyaksikan Pn Sakinah turut membantu  guru sejarah yang lain untuk memenuhi kekosongan kelas akibat kekurangan guru.

Tuesday, March 1, 2011

Menunggu Keputusan SPM 2010

Keputusan STPM sudah keluar... namun belum ada khabar berita lagi tentang bila SPM akan keluar...
"Sabar itu separuh daripada iman." Diharapkan keputusan SPM akan memberikan impak yang baik kepada SDAR.