Tuesday, February 22, 2011

SEJARAH TERCIPTA!!!


Nama SDAR gah di dalam Buletin 'Jendela Warisan' Bil 6 / Oktober 2010 yang dikeluarkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Sembilan. Ucapan syabas dan tahniah yang diberikan oleh Persatuan Sejarah ini telah membangkitkan semangat pelajar dan guru-guru SDAR. Terpampang nama pelajar SDAR yang memenangi tempat 3 dalam Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2009 yang berlangsung di Wisma Sejarah Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2010 yang lalu. Mereka ialah Azrul Aziz bin Abd Aziz, Adzlan Qushaimi bin Jamaludin dan Muhammad Hanafi bin Md. Muidnudin dengan karya sejarah bertajuk "Keretapi Tanah Melayu Berhad : Lokomotif Merentasi Zaman. Malah turut disentuh tentang nama pelajar SDAR yang mendapat tempat pertama pada majlis penyampaian hadiah tahun 2009 iaitu Mohd Alias Ahmad Kassim, Ahmad Azfar Mohammadiah dan Ahmad Zakwan Patah Raji dengan karya unggul mereka "FELDA : Evolusi Setengah Abad. Sebagai guru pembimbing, kejayaan yang dicapai menghilangkan segala kepenatan ketika membimbing pasukan ini mneyiapkan esei mereka. TAHNIAH! Moga karya-karya Sejarah yang dihasilkan kelak akan mendapat tempat di peringkat kebangsaan lagi...  AMIN...

~Hasmahan~

Sunday, February 20, 2011

BANGKITLAH BANGSA MELAYU!!!!!

Pidato yang amat bertenaga dan dapat membangunkan pelajar SDAR dari terus dibuai lena. Bangunlah pelajar SDAR!!!! TERBILANG TRADISI KAMI! Belajarlah tentang sejarah diri, bangsa dan negara kita. Takkan Melayu hilang di dunia tetapi Melayu akan hilang jika orang Melayu sendiri melupai sejarah bangsanya.

Saturday, February 19, 2011

KERJA KURSUS SEJARAH 2011 (FEBRUARI - JULAI)

Tajuk Kerja Kursus Sejarah 2011 adalah berkaitan dengan institusi pentadbiran yang terdapat di dalam negara kita berdasarkan satu daripada tajuk berikut :
(i)   Pihak berkuasa tempatan
(ii)  Rancangan pembangunan tanah dan wilayah
(iii) Pentadbiran komuniti setempat 

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia
PMR - SEJARAH 21/2
PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS SEJARAH 21/2

Friday, February 18, 2011

Pengaplikasian ICT dalam P-P(Student centered)









Pukul 11.20, Kelas 4 Sina : P-P menggunakan ICT yang melibatkan student centered. Terima kasih kepada kumpulan pembentang yang bersedia dan bersungguh menyiapkan pembentangan ini. Tahniah kepada Hazman, Syakirin, Fazreen dan Amirul Syakir.... diharapkan usaha yang dilakukan kumpulan ini menjadi contoh kepada kumpulan yang lain....

Pn Hasmahan

Konvensyen 500 tahun Kejatuhan Melaka









Mengikuti Konvensyen 500 tahun Melaka yang diadakan di Universiti Teknikal Melaka dapat mengimbau kembali sejarah kebangkitan Kerajaan Melaka yang hebat. Genarasi muda sekarang kurang mengenali sejarah kegemilangan Melaka yang boleh menanam jatidiri yang hebat dan mengenali semangat bangsa Melayu kini. Para sejarawan Malaysia yang hebat-hebat membentangkan kertas kerja yang seolah tidak cukup masa untuk memeperkatakan semua fakta dan event memapar sejarah kehebatan bangsa Melayu kita.
Kita bukan menilai sejarah yang telah lama terkubur yang pasti tidak akan kembali lagi tetapi kita menilai semangat dan keazaman kukuh dengan nilai-nilai Islam tersemai dihati pejuang-pejuang Melayu yang mempertahankan Melaka daripada ranap diratah penjajah Portugis. Hakikat sebenar detik-detik sejarah dan fakta kebenarannya telah hilang tenggelam di dalam sebuah kapal yang mana terkumpul manuskrip-manuskrip asli hasil usaha bersama penterjemah Munshi Abdullah dan Stamford Raffles. Kapal yang memuat semua fakta kebenaran rasmi secara tragedi tenggelam di Jambi. Hanya salinan sahaja yang boleh diperolehi kini di Leyden, Lisbon atau di England. Kehebatan Kerajaan Melaka kurang dikuasai oleh golongan generasi muda kini memandangkan kurang maklumat. Kebanyakan penulisan sejarah ditulis oleh para orientalis barat yang lebih bious kepada bangsa sendiri.Kita masih memerlukan penulisan semula menulis fakta kebenaran sebenar oleh generasi-generasi muda kini.

Pn Salmiah Mohd Ali